“Man,Allah
tak dengar doa aku”. Luah Min sambil tangannya mencabut-cabut rumput kering
berhampiran silanya di tepi sebuah tasik. Sesekali dia melontar sesuatu ke
dalam tasik,seakan-akan mengusir pergi galau di hati.Tiada senyuman diwajahnya.
“Innallaha
sami’ud dua’ ,Min”. Man mencari seraut tatapan mata seorang kawan yang susah
senang bersama. “ betul ke kau mintak”. Man mencari kepastian.
“ umhh betul…”
Hanya dengusan yang terluah.
“ya betul
kita dah meminta,tetapi kita tidak sedar kadang-kadang kita tidak betul-betul
meminta”Man mula berfalsafah.
Min yang
leka memandang tasik,menoleh ke arah Man mengharapkan penjelasan.
إذ نادى ربه ندآء خفيا (3) قال رب إني وهن العظم مني واشتعل الرأس شيبا ولم اكن بدعائك رب شقيا(4)
Indah. Ayat
ini menceritakan kita bagaimana Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan
suara yang lembut (nida’an khofiyya). Mufassir menyebut suara yang lembut itu
bermaksud dengan perlahan dan penuh rendah diri pada waktu malam yang tiada
seorang pun yang mendengarnya. Lantas ayat seterusnya,Nabi Zakaria mengadu
merayu di dalam doanya bahawa dirinya sangat lemah. Penuh pengharapan,“Rabbi…rabbi"
“Aku tidak
pernah kecewa dengan doaku kepada mu ya Rabbi”. Subhanallah. Konsep keyakinan
yang ditunjukkan nabi Zakaria ini sangat luar biasa, walaupun dirinya sangat
tua dan lemah, pada kebiasaanya mustahil untuk menimang anak. Konsep inilah sering kita lupa ketika berdoa. Bagaimana
Allah nak terima doa kita sedangkan kita sendiri tidak yakin dengan apa yang
kita minta.
Ibrah terbesar
menerusi ayat ini,berdoalah dengan jiwa,penuh dengan pengharapan. Lunturkan
ego,ceritakan letih kita,kurang kita kepada-Nya,kerana Dia yang Maha Mendengar. Berdoalah
dengan air mata,bukan dengan air liur semata.
lagi lagiii xdak ending ka
ReplyDeleteending padia? bukan nya drama cinta si wedding planner nim.haha
Delete