KAWAN
Lama tak menulis. Ada sesuatu menyebabkan aku berhenti. Pertama sekali aku minta maaf banyak-banyak kepada seorang insan hebat yang bertanyakan soalan yang sangat falsafah pada aku, minta maaf seandainya jawapan aku mengecewakan malah lebih buruk lagi menguriskan hati.
Berduaan. Masing-masing jauh termenung, seakan fikirkan sesuatu yang besar tetapi jauh, bersimpang siur sukar menemui jalan keluar. Dia bertanya dalam bahasa Inggeris. Jelas pelat kelantannya menyebut bahasa asing itu. " Who is your best friend?" Or " Do you have the best friend? Something like that . Aku lupa soalan sebenar, yang penting tentang sahabat baik.
Aku diam seketika. Jawab aku ringkas. " Nope, I don't have ". Riak tidak puas hati. Katanya mustahil. Dia berdengus mengeluh. Aku meneruskan. Aku tidak pernah percaya kepada ' friendship'. Tiada sahabat melainkan kita hanya bersahabat dengan masa. Berlalunya zaman kita mula bertukar kawan. Beredarnya masa kita mula saling melupa. Dia persoalkan, adakah aku juga tidak percaya pada 'ukhwah fillah' 'tilljannah' Au kama qola. Aku diam. Bukan tiada jawapan, tapi agak sukar untuk diterjemah dengan kata-kata. Kerana itu soal hati.
Tiada sahabat baik tidak bermaksud tidak bersahabat ya kawan-kawan. Percayalah pada ungkapan 'berkawan biar seribu, bermusuh jangan sekali. Oleh itu, setiap yang hadir dalam hidup adalah sahabat kita. Hargai mereka seadanya, memberi sebanyaknya. Kerana mereka tidak selamanya. Esoknya mereka akan pergi tinggalkan kita atau kita yang pergi tinggalkan mereka. Pasti.
Bahagia kita kecapi hari ini atas sebab bahagia yang kita berikan semalam. Berbahagialah kita dengan apa yang kita berikan. Usah mencintai orang yang membenci, malah relakan dicintai orang yang mencintai. Pertemuan yang seketika ini percayalah tiada masa untuk kita saling membenci.
Aku akhiri coretan ini dengan sepotong ayat yang mengingatkan saat sedih, saat sukarku , saat masalah menyesakkan dadaku :
Comments
Post a Comment