“Man,Allah tak dengar doa aku”. Luah Min sambil tangannya mencabut-cabut rumput kering berhampiran silanya di tepi sebuah tasik. Sesekali dia melontar sesuatu ke dalam tasik,seakan-akan mengusir pergi galau di hati.Tiada senyuman diwajahnya.

“Innallaha sami’ud dua’ ,Min”. Man mencari seraut tatapan mata seorang kawan yang susah senang bersama. “ betul ke kau mintak”. Man mencari kepastian.

“ umhh betul…” Hanya dengusan yang terluah.

“ya betul kita dah meminta,tetapi kita tidak sedar kadang-kadang kita tidak betul-betul meminta”Man mula berfalsafah.

Min yang leka memandang tasik,menoleh ke arah Man mengharapkan penjelasan.


إذ نادى ربه ندآء خفيا (3) قال رب إني وهن العظم مني واشتعل الرأس شيبا ولم اكن بدعائك رب شقيا(4)

Indah. Ayat ini menceritakan kita bagaimana Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut (nida’an khofiyya). Mufassir menyebut suara yang lembut itu bermaksud dengan perlahan dan penuh rendah diri pada waktu malam yang tiada seorang pun yang mendengarnya. Lantas ayat seterusnya,Nabi Zakaria mengadu merayu di dalam doanya bahawa dirinya sangat lemah. Penuh pengharapan,“Rabbi…rabbi"
“Aku tidak pernah kecewa dengan doaku kepada mu ya Rabbi”. Subhanallah. Konsep keyakinan yang ditunjukkan nabi Zakaria ini sangat luar biasa, walaupun dirinya sangat tua dan lemah, pada kebiasaanya mustahil untuk menimang anak. Konsep inilah sering kita lupa ketika berdoa. Bagaimana Allah nak terima doa kita sedangkan kita sendiri tidak yakin dengan apa yang kita minta.

Ibrah terbesar menerusi ayat ini,berdoalah dengan jiwa,penuh dengan pengharapan. Lunturkan ego,ceritakan letih kita,kurang kita kepada-Nya,kerana Dia yang Maha Mendengar. Berdoalah dengan air mata,bukan dengan air liur semata.

Comments

  1. Replies
    1. ending padia? bukan nya drama cinta si wedding planner nim.haha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tasbih Yang terputus