Jumaat Barakah
Avant Garde berkumpul setelah sekian lama tidak bertemu. Pekena roti canai dua biji seorang.
Aku inginkan usrah yang seimbang tarbiyah,siyasah dan ruhiyyah.
Kata seorang kawan,usrah bukan tempat mencari ilmu.Kalau nak ilmu boleh pergi tempat talaqi.daurah dan sebagainya. Ya, betul. Tetapi harus sedar,usrah suatu medan menyuburkan hati untuk cintakan Allah,cintakan Ilmu. Mendorong kita untuk lebih dekat dengan Dia. Tetapi kenapa kita ketepikan fungsi itu?.
Sama juga.Usrah bukan tempat kita menambahkan ilmu tentang fikrah dan isu semasa. Tetapi ia mendorong kita dalam mencapai kejernihan fikrah.Ok cukup untuk renungan AG.

--------------------------------------------------------------------
"Macam mana aku nak kurus ni,kalau makan roti canai 2 biji?". Berdekah ketawa,mendengar celoteh Fatin.. Tidak ramai pelajar seawal 8 pagi sebegini. Kami bebas bergelak ketawa.
"Mak aku cakap,sempat lagi kakak dua tahun diet,sebelum naik pelamin".Atin"Mak saya tak kisah,sekarang pun duk tanya suruh cepat-cepat". UcuPiya mengangguk-anggukkan kepala seakan-akan bersetuju dengan Ucu.
Aku diam menikmati roti canai bersama segelas kopi. Tiada masa untuk aku fikirkan hal rumah tangga. Bukan aku tidak mahu berbicara,tetapi aku anak sulung perempuan merasakan tanggungjawab terhadap keluarga mengatasi segala-galanya.Walaupun aku ada abang,tetapi lelaki tidak sematang aku.
Aku berkongsi cerita dengan Suha,merupakan anak sulung.Punya cita-cita membuka kelas Bahasa Arab untuk kanak-kanak buta. Ma sya Allah,sungguh murni. Katanya, soal jodoh diletak tepi, biar Allah yang menentukan.
Aku pula berhasrat membuka kelas mengaji Al-quran suatu masa nanti. Semoga diperkenankan tuhan.
Dilema sebagai kakak dan abang. Menbuang jauh kepentingan diri,demi adik-adik keluarga di rumah. Mengorbankan kehendak hati demi melihat mereka berjaya.
--------------------------------------------------------------------
Petang. Lagi usrah bersama adik-adik genius 7.
Hujan renyai membawa bau segar,melempiaskan udara basah ke wajah. Terasa bahagia. Bahagia melihat adik-adik yang rancak berbincang,dahagakan pengisian. Bahagia melihat sahabat semangat berkata-kata,melawan gemersik hujan yang bising menghentap bumi.
Kami bahagia,beriringan pulang diiringi gerimis.Semoga Tuhan sentiasa meredhai langkah kami.
TUSIMAZAEDU CAFE120216
Berborak seputar isu yang berlaku. Sedikit kecewa dengan kehadiran AG ke usrah. Kisah menyayat AG ini tidak pernah berakhir.Menunggu masa untuk retak mungkin. Hidup segan,mati tak mahu.![]() |
#genius7up |
Kami bahagia,beriringan pulang diiringi gerimis.Semoga Tuhan sentiasa meredhai langkah kami.
TUSIMAZAEDU CAFE120216
Dengan niat yang benar.aku rela meluangkan sedikit masa, Memberi sedikit apa yang aku ada,disamping menerima sebahagian dari apa yang aku tiada. Kerana manusia diciptakan saling melengkapi.
Comments
Post a Comment