Bermula semester baru
Ahh.. sudah seminggu kelas semester baru bermula. Apa yang ku harapkan adalah sebuah perjalanan yang penuh hikmah yang membawa aku lebih dekat dengan-Mu ya Rabbi. Yakin dengan sabda nabi-Mu (من سلك طريق إلى العلم سهل الله له طريق إلى الجنة)
Pesanan penaja,dalam kesibukan bergerak kerja society,harus ingat hati perempuan mudah tersentuh,mudah stress,kerana emosi menguasai. Namun dengan seringkas "apa khabar", "kau sihat", mampu membuatkan perempuan tersenyum dalam masalah,penat,lelah. Yes,ramai menganggap itu sapaan 'memberi harapan'.Geli gelemang la aku.Tidak. Itu tanda kita sahabat ,memahami seorang sahabat.
3.30pm
Pertemuan dengan Safiyah di kelas Ma'ani,menyebabkan aku meleret senyuman tidak putus di bibir. Tidaklah aku keseorangan di kelas itu,paling kurang ada juga kawan rapat.Tidak tahu kenapa. Semester ini aku belajar untuk berdikari,tidak terlalu bergantung hidup dengan orang lain,memandangkan aku banyak kali terkecewa dengan janji-janji manis hidup bersahabat. Di akhirnya,aku ditinggalkan keseorangan bersama janji-janji mereka.
"jom kita 'short sem' bersama",semangat berkobar-kobar.Akhirnya,seorang demi seorang menarik diri,nasib baik ada yang sudi menemani.Tabah kami bertiga mengharungi sepi Ramadhan di Uia."Jika mereka ada,tiadalah kita kesepian begini".Luahan sayu terzahir jua.
Aku bukan jenis begitu.Jika aku telah nekad,apa pun yang mendatang aku tetap teruskan janji.Haram berpatah balik.*tetiba jadi mufti bertauliah haa.
"Nanti kita balik sama-sama ye"
"ok". Aku menaruh harapan.
Tiba masanya,aku baru tersedar dari lena.Sentap.Dia senang hati,pulang dengan kawan-kawan menaiki kereta.Tinggalkan aku bersendirian menaiki bas ke TBS. Itu lumrah. Aku harus terima. Nasib baik aku ada Allah. Allah tidak pernah sesekali mengecewakan aku.
Sehingga aku terfikir,jika aku berterusan mengharapkan kawan,tidak mustahil pisang kan berbuah untuk ketiga atau boleh jadi ke empat kalinya.
Lantaran itu,aku memilih untuk berdikari,tidak kisah walaupun berseorangan di kelas. Yang penting aku dapat belajar dengan tenang,tanpa sakitnya tu disini. Aku lebih selesa dengan kawan yang datang dan pergi. Kawan jalanan.(Aku akan ceritakan dalam entri akan datang).
Ehh, dah melencong. Nak cerita pasal Safiyah,yang aku panggilnya 'Yah'. Dia mengingatkan kepada adik perempuanku dirumah,Asiah,juga kupanggil dengan Yah. Seorang adik yang setia mendengar masalah, cerita, ceramah, dari aku. 2 orang Yah yang yang memainkan peranan yang sama,iaitu pendengar setia kepada seorang tusimaza. Permulaan semester, tidak banyak ku bercerita dengan Yah ketika makan bersama seusai kelas. Kami lebih banyak memikirkan orang lain yang lebih besar masalah daripada kami sehingga lupa pada masalah kecil diri sendiri. Sesekali dia menyoal,aku menjawab.Sesekali aku menyoal,dia menjawab. Sesekali dia mengangguk,mengiyakan aku. Sesekali aku mengangguk.
Ku menghantar Yah pulang dengan seuntai kata. Kataku " Yah,kadang-kadang kita tidak boleh bergantung harap kepada orang lain,kerana harapan itu kadang-kadang mampu menjerat dan meruntun segumpal darah yang bernama hati".
Yah turut menghantarku dengan senyuman,seakan-akan memahami di sebalik susun kata aksaraku.
Syukur kerana masih diberi nikmat meneruskan pembelajaran. Syukur diberi nikmat sihat walaupun kaki terasa sangat kejang,berulang alik mencari kelas. Mungkin sudah lama aku tidak berjalan memandangkan cuti 3 minggu ku hanya dirumah.
Ku kira semester ini amat mencabar,dengan subjek-subjek yang agar sukar untuk dihadam. Mungkin sudah tiba masanya, aku perlahan-lahan merangkak ke alam yang lebih mencabar,jalannya lebih banyak lorong-lorong gelap dan penuh dengan 'maze'. Uhh.sedikit keluhan terluah. Kerana hikmah itu barang yang hilang daripada aku seorang muslim,walau apa pun cara,,aku harus menggarapnya.
Seminggu pertama,aku lebih suka memerhati dan memahami nature doktor-doktor pensyarahku. Kelas Psyco dan Ilmu Ma'ani membuatkan aku kecut. Pensyarah yang amat mementingkan ketepatan masa. 'wal asr'. Selepas 5minit pertama kelas akan dikunci dan tidak dibenarkan sesiapa memasukinya lagi.Balik awal la nampaknya.
Risau,bimbang,takut ,sering berlegar-legar menghantui.
Tarik nafas dalam-dalam,ku hempas kuat,menghuraikan keluhan berat bersarang disudut hati. Satu kunci ku pegang,yakin pada Allah.
020216
1.30 pm
1.30 pm
Tidak banyak masa untuk aku berlengah-lengah,memandangkan kelas aku bermula jam 2. Aku harus bersiap dengan wuduk sebelum azan berkumandang. Pertemuan 2 hati yang sudah lama tidak bersua,membuatkan aku leka berborak.
Melihat pada sesorok mata yang berselirat,berkaca dengan masalah membuatkan aku tidak sampai hati untuk biarkan dia keseorangan.Ku luangkan sedikit masa mendengar dan cuba memahamimu kawan. Jika dengan meluahkan itu membuatkan dirimu lega,aku relakan telingaku mendengarnya. Aku juga tidak mampu mencantumkan kepingan serpihan hatimu.Jika mampu aku berikan hatiku ini,sanggup ku berikan untuk mu,mudah-mudahan kau tidak lagi resah memikirkan carikan remuk di hati lamamu.
Ya,hati perempuan. Sedang kau ralit bercerita,tidak sedar kau sebenarnya telah temui solusi. Sebab itu aku tidak berhajat untuk memberi penyelesaian pada masalahmu. Cukuplah aku sebagai pendengar setia.
3.30pm
Pertemuan dengan Safiyah di kelas Ma'ani,menyebabkan aku meleret senyuman tidak putus di bibir. Tidaklah aku keseorangan di kelas itu,paling kurang ada juga kawan rapat.
"jom kita 'short sem' bersama",semangat berkobar-kobar.Akhirnya,seorang demi seorang menarik diri,nasib baik ada yang sudi menemani.Tabah kami bertiga mengharungi sepi Ramadhan di Uia."Jika mereka ada,tiadalah kita kesepian begini".Luahan sayu terzahir jua.
Aku bukan jenis begitu.Jika aku telah nekad,apa pun yang mendatang aku tetap teruskan janji.
"Nanti kita balik sama-sama ye"
"ok". Aku menaruh harapan.
Tiba masanya,aku baru tersedar dari lena.Sentap.Dia senang hati,pulang dengan kawan-kawan menaiki kereta.Tinggalkan aku bersendirian menaiki bas ke TBS. Itu lumrah. Aku harus terima. Nasib baik aku ada Allah. Allah tidak pernah sesekali mengecewakan aku.
Sehingga aku terfikir,jika aku berterusan mengharapkan kawan,tidak mustahil pisang kan berbuah untuk ketiga atau boleh jadi ke empat kalinya.
Lantaran itu,aku memilih untuk berdikari,tidak kisah walaupun berseorangan di kelas. Yang penting aku dapat belajar dengan tenang,tanpa sakitnya tu disini. Aku lebih selesa dengan kawan yang datang dan pergi. Kawan jalanan.(Aku akan ceritakan dalam entri akan datang).
Ehh, dah melencong. Nak cerita pasal Safiyah,yang aku panggilnya 'Yah'. Dia mengingatkan kepada adik perempuanku dirumah,Asiah,juga kupanggil dengan Yah. Seorang adik yang setia mendengar masalah, cerita, ceramah, dari aku. 2 orang Yah yang yang memainkan peranan yang sama,iaitu pendengar setia kepada seorang tusimaza. Permulaan semester, tidak banyak ku bercerita dengan Yah ketika makan bersama seusai kelas. Kami lebih banyak memikirkan orang lain yang lebih besar masalah daripada kami sehingga lupa pada masalah kecil diri sendiri. Sesekali dia menyoal,aku menjawab.Sesekali aku menyoal,dia menjawab. Sesekali dia mengangguk,mengiyakan aku. Sesekali aku mengangguk.
Ku menghantar Yah pulang dengan seuntai kata. Kataku " Yah,kadang-kadang kita tidak boleh bergantung harap kepada orang lain,kerana harapan itu kadang-kadang mampu menjerat dan meruntun segumpal darah yang bernama hati".
Yah turut menghantarku dengan senyuman,seakan-akan memahami di sebalik susun kata aksaraku.
![]() |
credited |
Comments
Post a Comment