Titisan rasa
2 peristiwa yang memberi kesan kepada Khaulah Al- Azwar 3
hari lepas. Ketika Khaulah bergegas keluar pagar Mahallah, Khaulah terpandang
sekilas kepada seorang pak cik ,berdiri berhampiran pagar yang terbuka sempit.
Sedikit kerut dimuka tua pak cik itu, mendatangkan tanda tanya pada Khaulah.
Matanya redup memandang ke arah Khaulah, seakan ada sesuatu untuk bertanya.
" Awak tinggal di sini ke?" ,terpancul soalan untuk
Khaulah, sejurus dia merapati pagar Mahallah.
*************
Tahu lah Khaulah gelodak jiwa yang dirasai oleh pak cik itu.
Beliau telah menunggu anaknya hampir 2 jam dalam keadaan
cuaca yang agak panas. Terputus hubungan kerana telefon beliau kehabisan
bateri. Khaulah cuba sedaya upaya membantu pak cik itu.
"Pak cik ingat nombor fon anak pak cik tak?".
Beliau menggeleng,sambil mengeluarkan satu kertas tertera
beberapa digit.
"Ini nombor kakaknya", sambil menghulurkan cebisan
kertas kepada Khaulah.
Beberapa kali Khaulah cuba
menghubungi, panggilan tidak bersambut.
Akhirnya Khaulah hanya mampu meninggalkan pesan ringkas
kepada kakak pelajar itu.
Khaulah memahami betapa peritnya penantian. Jika tidak mana
mungkin wujudnya istilah 'penantian satu penyiksaan'. Tambahan lagi, yang
menanti itu ibu ayah sendiri. Khaulah jarang membiarkan ayahnya menunggu
walaupun beberapa minit. Kerana dia meletakkan hormat seorang anak pada seorang
ayah di tempat yang tinggi.
"Dah lama sampai, kenapa tak bagitahu abah sebelum
sampai? "Ujar seorang ayah sambil menyalami Khaulah,setiap kali Khaulah
pulang ke kampung sempena cuti semester.
Bagi Khaulah, dia yang selayaknya menanti kehadiran Abah,
bukannya Abah yang menunggunya ibarat diri bagai tuan kehormat.
Tidak disengaja, air mata Khaulah mengalir, terkenangkan
budi 'Abah' ,sudi menawarkan diri untuk menunggu kepulangan anaknya.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan mudahkan urusan
abah. Doa Khaulah mengalir bersama deraian air mata kerinduan.
**********
Sedang Khaulah berehat di sudut masjid, seorang kakak
menyapa lamunan Khaulah.
"Jauh termenung,... "
Khaulah tersenyum nipis.
"Tolong tengokkan anak-anak akak boleh?".
"Boleh,boleh", laju Khaulah menyatakan
persetujuan,memandangkan ibunya ingin ke tandas.
Khaulah sekilas melirik ke arah dua beradik dalam lingkungan
dua ke tiga tahun.
'Khalifah kecil'. Terdetik dihati Khaulah tatkala memerhati
wajah suci adik-adik berbaju merah di hadapannya.
"Mungkin mereka dari ‘flashmob save Aleppo' ".
Bisik Khaulah pada diri sendiri.
Sesekali Khaulah tergelak kecil dengan telatah dua beradik
itu.
Jam sudah ke angka 3, Khaulah harus bergegas ke perpustakaan
untuk menyiapkan sedikit 'assignment' yang perlu dihantar petang itu.
Sejurus Khaulah berdiri untuk meninggalkan masjid, dua
beradik tadi datang menghampiri, sambil menghulurkan tangan. Tangan kecil mulus
itu disambut Khaulah dengan senyum menguntum dibibir, bangga dengan mereka.
Juga kagum dengan didikan ibu mereka.
Lama si kakak menggenggam tangan Khaulah. Mulutnya
terkumat-kamit seakan-akan menyampaikan sesuatu. Khaulah membongkokkan sedikit
badan dan kepalanya, untuk mendengar butir bicara si kakak. Adik di sisi
bersedia menunggu giliran.
Allahu. Terpancul penuh penghayatan lahir dari lisan Khaulah
tatkala mendengar kalimah mulia yang dituturkan si anak kecil.
Adiknya pula mengambil alih menyalami Khaulah,dengan ucapan
yang sama, beza hanya dari sudut kelancaran. Susah payah si adik berusaha
menghabiskan ' Allahuma solli 'ala Muhammad' .
Selawat bergema di gegendang telinga Khaulah. Khaulah
bagaikan tersedar dari mimpi panjang. Sudah lama bagi Khaulah tidak merasa
kemanisan dalam mendambakan rindu pada Rasulullah. Kesibukan dunia
kadang-kadang melalaikan manusiawi. Khaulah kesal.
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً
وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا
“Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka
Allah mengucapkan selawat kepadanya 10 kali”
Kala itu, getar bibir Khaulah, turut mengalunkan selawat.
![]() |
Khaulah merangkul kedua mereka erat ke dalam pangkuannya,
sambil mencium pipi mereka. Sekali lagi air mata Khaulah tumpah, menitis
membasahi pipi-pipi mereka. Cepat diseka agak tidak dilihat oleh mereka yang
lalu lalang.
Lambaian Khaulah meninggalkan mereka bersama ibunya.
Zikir bergetar di nubari Khaulah, berterima kasih kepadaNya
kerana hadirkan permata syurga, suci dari dosa. Hadir mereka mengingatkannya
kembali kepada rasulullah kekasih Teragung selepas Allah.
“Jika bukan kerana jerih perjuanganmu ya Rasulullah, aku
mungkin tidak mengenal apa itu 'halawatul iman'”- Esakan Khaulah penuh syahdu.
“Kerana ini perjuanganmu , aku relakan hidupku sibuk
dengannya.”
permata syurga dek tak terpalit hitamnya dosa :) nice entry
ReplyDelete:) Terima kasih
ReplyDelete