Catatan Khaulah Al-Azwar
Membuka
lembaran sebuah diari. Seorang Khaulah
Al Azwar bergegas pulang dari kelas sejurus Ustaz Taufiq menamatkan pelajaran
pada petang itu. Kelas ‘Research Methodology’ hari ini disimpulkan ustaz dengan
tazkirah ringkas sempena ‘mid break’.
“Perempuan ni semuanya pemalas,balik rumah semua makan yang mak masak. Ana
bercakap ni atas dasar pengalaman bukan sekadar teori”. Tercabar. Bising satu
kelas dengan suara tidak puas hati pelajar perempuan. Pelajar lelaki senyum
bangga terasa spesisnya sempurna. Ada yang gelak terbahak-bahak. Tak tahu apa
yang kelakarnya. Selebihnya senyum tersipu-sipu malu, tunduk memandang lantai.
Mungkin terpukul dengan kata-kata ustaz dan terus redha.
Khaulah
yang sudah sedia maklum dengan nasihat ustaz itu hanya tersenyum nipis. Hati
kecilnya berbisik “tak insaf-insaf lagi ke adik-adik ipar ustaz?”. Khaulah masih ingat, Ustaz pernah
menceritakan isu ini pada kelas ‘Advance Arabic’ setahun yang lepas.
Dalam
perjalanan ke bilik, Khaulah berkira-kira sama ada sempat atau tidak untuk dia
sampai ke kolam renang sebelum pukul 5.30. Itu janjinya pada diri setelah
mendapat mesej ringkas dari Khai untuk pertemuan pertama mereka berdua sebagai pelajar dan jurulatih .
Berbunga-bunga hati Khaulah, tidak sabar untuk menempuhi hari-harinya sebagai
seorang perenang mahir di air tenang.
Penat yang
bersisa tidak mematahkan semangat Khaulah untuk bersiap ke kolam renang. Demi
cita-citanya Khaulah nekad untuk tidak terlalu melayan kepenatan dan keletihan
sementara itu.
Jam tepat
5.15 petang. Lega mengalir dalam diri Khaulah. Dia berjaya bersiap sebelum jam
menunjukkan 5.30 petang.
Bagi Khaulah, disiplin merupakan kunci ilmu,kunci dalam mencari ilmu, tidak kira ilmu apa sekali pun. Disiplin yang pertama adalah disiplin dengan masa. Khaulah melangkah ke kolam sambil menyanyi kecil,dengan lagu entah apa-apa.
Bagi Khaulah, disiplin merupakan kunci ilmu,kunci dalam mencari ilmu, tidak kira ilmu apa sekali pun. Disiplin yang pertama adalah disiplin dengan masa. Khaulah melangkah ke kolam sambil menyanyi kecil,dengan lagu entah apa-apa.
Sedikit
ragu bersarang di hati Khaulah. Berlegar-legar bait kata coach tempoh hari
ketika melamarnya sebagai pelajarnya yang pertama.
“Khaulah, aku nak kau belajar
bersungguh-sungguh dan aku harap ni bukan latihan sekadar main-main bagi kau.
Aku nak kau jadi perenang mahir, professional suatu masa nanti”.
“Aku nak
pelajar yang mampu memberi sepenuh komitmen”. Kata coach dengan tegas.
Kata-kata ini lah yang sering berlegar
di minda Khaulah.
Terbayang wajah serius Khai,tersirat harapan yang penuh kepadanya.Memandangkan coach agak sebaya dengannya, Khaulah lebih selesa bahasakan nama sahaja. Kadang-kadang mereka ber'aku 'kau' sahaja.
Sudah lama Khaulah
berhajat untuk menjadi perenang. Khaulah wanita besi memasang angan-angan untuk
mengangkat sukan yang disyorkan rasullullah ini terutamanya dalam kalangan
muslimah,wanita bakal penggongcang dunia. Bagi Khaulah pada renang itu punya
seribu satu kelebihan untuk dibongkar. Namun ,Khaulah risau.
“Mampukah
aku, mampukah aku, mampukah aku?” .
**********************************
![]() |
Menyentuh hati Khaulah mendapat mesej ini dari coach selepas kelas |
“Khaulah..”
. Namanya diseru. Tersentak Khaulah dari lamunan. Khai tersenyum kearahnya.
“Lets go..”
. Khai mendahului.
“
Kebersihan perkara utama, sebelum masuk ke kolam, pastikan badan dan pakaian
bersih dari sebarang kekotoran. Sebab itu diwajibkan mandi, basahkan badan
beserta suit renang sebelum ke kolam renang”. Kata Khai tegas.
Khaulah
diam, berfikir sejenak. Kadang-kadang terasa cuak dengan gemersik suara Khai. Memang sesuai dia dengan tittle coach.
“Tiada
orang amalkan pun aku tangok”. Sengaja menguji.
“ Itu
kebiasaan manusia, tidak sukakan peraturan”. Jawab Khai ringkas.
Khaulah
rasa terpukul.
Kemudian
diteruskan dengan sesi ‘warm-up’ dan 'streching'. Sukar
bagi Khaulah melakukan setiap langkah yang diajar. Uratnya kejang bagaikan
orang yang sudah hidup berpuluhan tahun. Padahal umurnya masih mentah. Kata Khai, buat perlahan-lahan, lama kelamaan ia mampu mengembalikan otot yang
kental dan kuat. Satu formula yang diajar adalah, bermula dari bawah ke
atas,atau dari atas ke bawah. Kedua-duanynya dibolehkan. Regangan kaki dimulakan kemudian
tangan dan kepala. Sangat penting proses regangan sebelum renang untuk
mengelakkan kekejangan di dalam air. Oleh itu, ia perlu dibuat dengan betul-betul.
Itu antara pesan Khai.
"Pakai cap , gogel bagi kemas agar tidak tertanggal nanti". Tegas Khai. Dia mengerling sekilas. Khaulah saja mengangguk perlahan beberapa kali tanda faham.
"Mesti kau terfikir, tak kan benda kecil macam ni pun aku nak ajarkan?". Duga Khai,sambil menggerak-gerakkan kakinya yang baru sahaja mencecah air. Khaulah yang masih teragak-agak untuk menyapa air, sekadar tergelak kecil, tidak memahami kalam Khai.
Kata Khai, cara memakai cap, gogel dan cara penyelenggaraannya, semuanya hanya teknikal. Namun itulah kehidupan. Walaupun tampak agak membuang masa, tetapi inilah penentu kualiti dalam sesebuah kejayaan. Akhir ini , manusia kebanyaknya mencari pelbagai alternatif 'segera', meninggalkan perkara kecil yang dianggap teknikal dan remeh, demi mencapai apa yang diimpi dalam waktu yang singkat. Dalam pendidikan terutamanya, pelajar berkejar-kejaran untuk cepat menamatkan pengajian, tanpa memikirkan apakah diri mereka benar-benar berilmu dan layak untuk merangkul amanah segulung ijazah? Khai mengajarkan Khaulah sesuatu.
Memori Khulah bertukar ke suatu masa lampau yang masih segar di ingatan, ketika mana presentation nya hancur gara-gara kesilapan teknikal yang terlepas pandang oleh dia dan rakan sekumpulan. Penyesalan pada hari itu masih bersisa dalam diri Khaulah sehingga kehari ini, memandangkan dia berhempas pulas untuk menghasilkan presentation yang terbaik, namun takdir yang tertulis tiada siapa menduga. Redha lah yang menjadi penawar lantas meredakan api kemarahan Khaulah pada manusia yang tidak komited , hilang common sense dan memandang remeh pada sesuatu perkara teknikal.
"Jom turun". Khai memekik di dalam kolam. Khaulah tersentak dari zaman silamnya.
Dengan 'bismillah..' ,Khaulah menampar-nampar permukaan air dengan kakinya sebelum menggelongsor ke dalam kolam renang Female Sport Complex.
Kegusaran dan ketakutan pada air masih bermaharaja lela dalam diri. Khaulah cuma meletakkan dirinya dalam keaadaan sehabis relax.
"Biasakan diri dengan air"
"Jangan panik"
"Jadikan dia kawan kau,jangan cuba berlawan dengannya"
Baris-baris tip yang dicurahkan Khai di ulang-ulang dalam benak pemikiran Khaulah.
Khaulah masih tercunggap-cunggap dipermukaan air. Sesekali air masuk ke rongga mulutnya. Penuh perutnya menelan air.
"Kau kena ingat, kau sekarang bukan lagi di dunia biasa macam kau hidup tu". Khai mula mencabar Khaulah.
"Lupakan dunia itu sementara, fokus di dunia ini". Khai meluncur laju ke arah Khaulah. tangannya dilunjurkan lurus kehadapan. hanya kaki kelihatan berkayuh. Percikan air terbias ke wajah.
Khaulah terkesima. Tercengang dengan metafora melangit seorang coach.
"Kau bercakap senang lah, aku ni.." Khaulah bermonolog di dasar hati.
Bukan mudah untuk melupakan dunia yang didiami di dalamnya hampir 22 tahun dengan hanya seketika sahaja di dunia berbeza.
"Tetapkan target, Khaulah. Kau tercegak di situ, ingat boleh pandai?" . Pedih menampar pipi Khaulah yang basah dengan percikan air. Khai menyelam jauh ke dasar kolam lantas timbul di hujung kolam. Khaulah memerhati penuh kagum dengan skill yang dimiliki Khai.
************************************
Ujian Pernafasan
Dengar kadar serendah tiga kali, lima kali, 10 kali dan 20 kali, Khaulah berusaha melakukan ujian pernafasan dengan teknik menyelam dan timbul. Target untuk hari ini menamatkan 20 kali selaman.
Khaulah menarik nafas dalam. Mulutnya kembung, dipenuhi oksigen. Lengkap dengan gogel, Khaulah cuba menyelam ke dasar air. Beberapa kali dicuba. Berkali-kali juga Khaulah tersedak, tertelan air, kerana tidak mampu mengawal pernafasan. Ini kerana pernafasan di dalam air tidak lagi mengunakan hidung. Mulut memainkan peranan mengeluarkan udara.
Sesekali Khaulah terbatuk. Air tersembur keluar melaui mulutnya. Pedih hidungnya terhirup air secara tidak sengaja.
"Aku tak nampak kesungguhan kau". Pendek komen Khai, namun tajam menikam sukma keegoan Khaulah. Terus mencuba. Khaulah tidak membalas kata coach nya.
Setelah berkali mencuba, Khaulah kepenatan. Kali ke 20, Khaulah memberatkan badannya ke dasar kolam. Kakinya dibengkokkan sedikit. Tangan di depakan keatas, dan disatukan, bagaimana gayanya untuk lompat bintang.Sesampai ke dasar, tangannya diturunkan perlahan dengan cara mendepakan luas-luas dan disatukan di dalam air. Khaulah hilang punca tempat berpaut. Dia kelemasan di dasar kolam. Berpinar-pinar matanya saat itu, mencari sesuatu untuk bergantung. Kelibat manusia jauh kelihatan, mustahil untuk dicapai tangan kontot Khaulah. Berdebar-debar dada Khaulah ,kencang menumbuk dada. Sukar baginya untuk mengawal pernafasan.
"Kuatkan semangatmu Khaulah, kau tak akan mati lagi". Bisik suatu suara menembusi gegendang telinga Khaulah. Mata Khaulah dipejam rapat. Menitiskan cecair hangat, bergenang di dalam gogel yang dipakainya.
" Ingat, di dalam air kita perlu relax. 100 kali relax. Bukan relax yang biasa-biasa Khaulah".
Khaulah lupa akan tip yang terpenting itu. Pernah dituturkan Khai suatu ketika dahulu. Sekali lagi Khaulah cuba memejamkan mata mencari ketenangan yang hilang. Tangannya di depakan. Bagaikan seekor burung mengepakkan sayap diangkasa.Tenang, statik namun tidak jatuh. Tenang menjalar dalam diri. Tanganya menyentuh objek legap. Dia terus mencapainya. Tepian yang disangkanya jauh, hanyalah bersebelahan.
Khaulah memuntahkan air yang bersisa di rongga hidung dan mulutnya di longkang yang disediakan. Kenyang perutnya dengan air-air yang memasuki mulut. Hidungnya memerah. Disangkut kepalanya di birai kolam.Kaki menguis-nguis air. Sedikit menggigil badan Khaulah kesejukan.
Dalam kepenatan, Khaulah merenung langit biru. Fikiranya menerawang jauh. Kelas renangnya hari ini mengajar prinsip kehidupan. Kesukaran itu kehidupan yang harus dihadapi dengan sebuah ketenangan. Ketenangan itu anugerah yang diberikan oleh-Nya melalui jalan iman dan kepercayaan.
Mengapa harus resah dengan kesusahan, tenang sahaja, kerana susah itu akan pergi. Kemanisan akan hadir jua suatu hari. Dan saat itu, mengenang kepahitan lalu juga menjadi kemanisan bukan?.
![]() |
Yang dihadapan itulah harapan yang harus dikejar.
****************************
"Tahniah, target hari ini tercapai". Khai menghampiri Khaulah, sambil memeluk bahu Khaulah.
Mereka bersalaman sebelum berpisah.
"Khai,kau lah cikgu aku. Kau mengajar aku kehidupan". Khaulah pula menepuk bahu Khai.
Khai berlalu pergi dengan sebuah senyuman.
Comments
Post a Comment