Buatmu teman


Saturday, 19 April, 2014
10:46 PM
Menyelak helaian memori lalu

         Perasaan berbaur.Aku melangkah longlai merentasi titian.Pandangan kosong ku hala ke hadapan.Saat ini tiada siapa mengerti getaran yang bermain dijiwa ini.Dari atas aku memandang ke bawah.Dari bawah aku melilau tak tentu arah.Sambil menunggu surutnya air,aku memerhati panorama di sekeliling.Kelihatan ketam batu galak bermain dicelah-celah ranting pokok.Berukhwah la konon.Tekun aku memerhati.Air menyurut sedikit demi sedikit..Ketam-ketam mula mengucapkan selamat tinggal dan berpisah ke lubuk masing-masing.Tiba-tiba manik jernih menitis jua dari mataku.Sayu bertandang.Kenapa?adakah kerana ketam itu tidak mengucapkan selamat tinggal untuk aku?adakah kerana ketam itu tidak  menyalami aku sebelum pergi?memang tak la kan..
         Sebenarnya kisah ketam itu mengingatkanku akan "kisah kita".Kini kita di penghujung pertemuan,masanya untuk bahtera kita berlabuh kian tiba,sauh diangkat tandanya kita bakal terpisah,masing-masing membawa haluan bertebaran menuju ke lubuk baru yang lebih mencabar.Esakan tangis berlagu berlatarkan alunan melodi "memori tercipta-shila amzah".Setiap bait membuatkan ku bergenang dengan air mata.

"Disini jua memori tercipta,
Walau seketika terjalin kasih kita,

Mungkin disini kita kan terpisah,
Kenangan bersama,
Tiadaku lupa...

Yang terpahit,
 jua termanis ,
semuanya bagiku terindah,
 kuingati buat selama-lamanya."



        Sahabat,terlalu banyak memori yang kita cipta.Di sepanjang itu jua,terlalu banyak aku belajar daripada kehebatan dan keutuhan kalian.Semangat kalian dalam arena perjuangan tidak mampu aku tandingi.Kalian tidak pernah jemu memimpin dan mendidikku dari aku yang dulu tidak mampu berdiri sehingga kini aku makin pandai berlari.

       Masih banyak yang perlu aku belajar dari kalian,namun masa mencemburui kita.Mungkin suatu hari nanti,di saat aku gagah berlari,kalian tiada disisi.Namun,dari jauh kalian memerhati,bersedia menghulurkan tangan andai langkahku termati.

       Andai kata kehadiranku mencacatkan bahtera,maafkan aku kerana aku insan yang punya banyak kekhilafan. Andai kata aku masih berhutang dengan kalian,masih ada janji yang tidak terlaksana,kata yang tidak dikota ,halalkan aku.Buat UTPIAN,ribuan kemaafan kupohon dari kalian kerana aku tak mampu sebaik  ketua kalian yang dahulu.Aku adalah aku,TUSIMAZA yang poyo…

      Akhir kata, terima kasih tidak terhingga diucapkan buat adik beradikku kerana sudi mewarnai hidupku dengan warna warni keindahan perjuangan.Cukuplah mata,usah menangis lagi.Sambutlah perpisahan kita dengan senyuman terindah.Terima kasih ketam batu,kerana mengajar aku mengenal erti sebuah pertemuan.

190414
0914

MORIB,BANTING

Comments

Popular posts from this blog

Tasbih Yang terputus