#BIRTHDAYMOMENT

      Jari jemari jam seakan-akan akrab bersama,masing-masing bergandingan di angka 2,menandakan malam sudah terlalu larut,beberapa jam sahaja lagi masih berbaki sebelum fajar pagi menjengah hari.Aku sudah kekejangan bersengkang mata di meja belajar menghabiskan ayat-ayat terakhir  bagi tajuk terakhir untuk peperiksaan esok hari.

    Berkali-kali aku menggeliat,meregangkan kekakuan pada otot.Aku menuju ke arah almari,meneguk sedikit air,menghilangkan kekeringan pada tekak.Nikmat sungguh rasanya,walaupun hanya tegukan air tawar tidak berperisa,sejuk mengalir di kerongkong.

    Di saat aku cuba berdiri,tiba-tiba dahiku terhantuk pada pintu laci atas yang terbuka.”Allahu…Apa dosaku”,rintihku di dalam hati.Sedikit pedih di sudut dahiku.Aku tegak berdiri menghadap cermin pada pintu almari.Aku meneliti wajahku,mencari kesan hantukan tadi.Seketika aku tepandang kalendar kecil di penjuru cermin,lantas mencari-cari tarikh hari ini.Dek kerana terlampau sibuk dengan peperiksaan dan ‘asignment’,aku seakan-akan melupai segalanya-galanya,walaupun  perkara itu tidak sepatutnya untuk dilupakan.Tertacap mataku pada tarikh 6 April 2015.’Allahu,umurku sudah di ambang 21tahun’.Bukankah sudah begitu lama aku hidup.Aku hampir melupai tarikh istimewa ini.Satu benjolan pada dahi sebagai hadiah untuk ulang tahunku kali ini.

         Aku lena dengan azam baru sempena umur baru.
Ingin aku merakamkan jutaan terima ksih atas ucapan dan doa dari semua kawan-kawan dan saudara-maraku.Doa kalian amat aku dambakan duhai sahabat taulanku.Andai benar kita sahabat, semestinya kita tidak kedekut lagi bakhil untuk mengutuskan doa untuk sahabat kita.
Dari sahabat untuk sahabat.

      Ingin aku nukilkan di sini ,orang yang pertama yang memberi ucapan adalah sahabat sealiran tarbiyah denganku yang punya keistimewaan tersendiri bagiku.Hanya dengan beliau aku tidak segan ber ‘aku’ ‘engkau’.Mungkin wataknya yang sempoi dan otai, membuatkan aku selesa begitu.

       Sungguh kelakar lagak kawan-kawanku menyambut ‘birthday girl’.Di zaman ‘wassap’ ini,sudah menjadi kebiasaan untuk ‘wish’ hanya melalui ‘wassap’ dan tidak ketinggalan budaya ‘copy paste’ nya.Dan sungguh ia bagaikan angin lalu sahaja.Mungkin tidak sampai sehari,sudah hilang ucapan itu di timbunan ‘wassap’ yang bertubi-tubi menjelma.Dan ada juga seorang insan yang masih dengan cara tradisional,yang pada zaman ini sudah jarang orang berbuat demikian.SMS melalui telefon.Dari sudut positif,mungkin dia ingin memaknai sesebuah ucapan itu,kerana SMS akan sentiasa kekal dalam ‘inbox’ selagi tidak dipadam.Yang paling kelakar,ada yang masih tidak mengenali aku walaupun bertahun besahabat atas nama ‘adik-beradik’.’Tuan Siti Mariam’, siapa siapa siapa??
Satu sahaja sebabnya,tidak cakna.Namun walupun tidak mengenali,mereka tetap dengan doa dan ucapan.Terima kasih.

Ada juga beberapa kawanku yang menelifon aku semata-mata untuk menyanyikan lagu 'Allah selamatkan kamu'.Sengaja,nak bagi aku terharu.Tidak lupa kepada geng BBB,yang sudi memainkan sebuah lagu bermelodikan petikan piano,sungguh membuatkan aku keharuan.

         Ucapan paling ‘last’ semestinya seorang kawan yang juga istimewa.Beliau merupakan seorang kawan yang paling rapat denganku,dan paling lama persahabatan ini.Sangat menarik kisah kami sukar diceritakan disini.Kami sekelas dari darjah 1 ke tingkatan 6,dan dipisahkan ketika menjengah alam universiti.Beliau satu-satunya sahabat yang aku ingat nombor telifon dan tarikh lahirnya( 27/8/1994) sehingga kini.

         Dan pada hari ini,umurku dicabar,terus membakar aku hidup-hidup.Kejam sungguh.”umur dah 21,bila nak terbit buku?”.Siap dengan post gambar buku penulis muda ,Shamiel Fikri.Ya,benar.Aku hanya mampu berangan,berangan kosong tanpa sebarang tindakan.Alang-alang sudah terbakar,biarlah jadi abu.Hahaha hammbarrrr.

       Aku akhiri dengan petikan satu ucapan.Cukup menarik kiriman daripada atehku.Diselit sekeping gambar pensil penuh makna,pada seuntai ucapan ‘bithday’.

الحياء لا تستقيم دوما.. قد تحدث مشكلة
Hidup tidak sentiasa ‘smooth’,pastinya akan berlaku masalah

المشكلة...ليست النهاية
Masalah bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan

بل بداية ...لحياة مختلفة
Bahkan,ia adalah permulaan bagi kehidupan yang pelbagai.

Benarlah ujian itu yang membentuk warna-warni kehidupan.tanpa ujian,hidup hanya menjadi satu warna,dan mana mungkin satu warna mampu membentuk pelangi yang cantik~tusimaza

                                                      
tusimaza
06042015


Comments

Popular posts from this blog

Tasbih Yang terputus