BINTANG HATIKU
Bintang hatiku
Antara berjuta bintang di langit
Kau lah yang paling bersinar berkerlipan
Kerana engkau bintang hatiku
Bintang hatiku
Kita bagaikan adik beradik
Kita bagaikan satu keluarga
Disaat adik terjatuh
Ada abang kakak yang menghulurkan tangan
Membantu adik agar teguh berdiri
Disaat abang kakak kesedihan ditimbunan masalah
Adik tak mampu membantu,
Namun adik tetap memunculkan diri
Sebagai penglipur lara pengubat duka buat si abang dan kakak
Agar bisa tersenyum walau jiwa berserabut
Bintang hatiku
Jalan ini bukanlah jalan yang biasa biasa,
Jalan ini untuk insan gagah perkasa
Jalan ini warisan berharga
Dari seorang nabi brjiwa hamba
Hanya redo Illahi yang didamba
Syurga sana cita-cita kita
Bintang hatiku
Kita bagaikan binaan tersusun
Saling melengkapi saling memahami
Dalam misi mema'murkan bumi
Demi menyebarkan risalah suci
Semoga kita dirahmati
Bintang hatiku
Aku sayang kalian
Kerana aku sendirian tak mampu menghiasi bumi
tanpa kehadiranmu
Terus sebarkan kerlipanmu
Walau kita jauh terpisah
Walau dimana jua kita berada
Kita tetap di langit yang sama
Setia pada bulan yang sama
Bulan yang sentiasa purnama
p/s ; puisi yang paling disayangi penulis setakat ini~
Comments
Post a Comment