Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Bukan sekadar sebuah percintaan. 

Sudah sekian lama, saya tertanya-tanya,kenapa novel ini cukup terkenal?Adakah ia sebuah novel islamik? Kupasan cukup menarik oleh Tuan Hafizul Faiz menjawab segala persoalan.

Ternyata,TKVDW bukan lah sebuah novel versi islamik,kerana pada era itu karya islamik masih pudar, yang ada hanya karya berunsurkan khayalan.Namun,senaskhah TKVDW bukan sekadar khayalan suka-suka,malah ia sarat dengan bibit pengajaran.Penulis cuba menerapkan juga unsur kritikan adat disamping tema asal TKVDW, 'cinta'.

Sebuah novel imaginasi yang hidup,mengisahkan percintaan seorang yang berkelana di bumi sendiri. Perbezaan adat membuatkan dia terbuang di negeri ibunda dan tersisih di negeri ayahandanya.Percintaan pula terhalang dek perbezaan keturunan.Bugis dan Minang tidak boleh bersatu. Sungguh malang nasib seorang pemuda bernama Zainuddin.
Bersendirianlah Zainuddin dalam kekecewaan yang teramat. Lantas bermula lah hidupnya dengan puisi2 dan surat cinta.

Watak Hayati pula, bagi saya sangat menyakitkan hati pembaca.Diceritakan bagaimana seorang wanita yang pada asalnya berstatuskan "gadis melayu terakhir" sungguh mudah terpengaruh dengan rakan sebaya juga kebaratan budaya.Hayati dahulu telah berubah dalam sekelip mata.

Disebabkan sikap Hayati itu,saya fikir,tepatlah tindakan yang dibuat oleh Zainuddin ke atas Hayati di  akhir penceritaan,walaupun atas sebab keegoan seorang lelaki.Pengakhiran yang sungguh pilu dengan kematian hero dan heroin.Zainuddin lemas dalam kekecewaan, Hayati karam dalam lautan.Tepatlah nama 'Hayati " (yang bermaksud kehidupanku) dipilih sebagai heroin.Bilamana "Hayati' nya tiada, dia juga turut tiada.

Tuan Hafizul Faiz menganggap novel ini membawa "happy ending" kerana Hayati sedar Zainuddin masih menaruh cinta kepadanya,Dan yang paling penting,dia sedar cinta manusia tidak boleh menandingi cinta tuhan.

Sungguh banyak input yang ingin disampai kan oleh seorang penulis bernama HAMKA, Namun dek kedangkalan ilmu, menghijabkan kita dari memahaminya.bacalah dengan mata hati.

TKVDW mengajarkan kita makna sebuah kehidupan, yang ada kalanya kita di lembah yang paling bawah,Dan ada ketikanya kita di puncak yang paling atas.

Peribadi seorang penulis yang perlu dicontohi:

-jujur dengan diri sendiri
-popular dengan akademik
-suka memdalami perasaan( berbicara dengan diri sndiri)

-setia dengan kebenaran,yang ni paling penting. Seorang penulis bukanlah ingin mengejar publisiti,bukan juga mengejar kekayaan,kenana menulis tidak menjaminkan semua itu.Apa yang diharapkan, adalah sebuah kebenaran, keadilan dan kemanusiaan.Kerana itu, Hamka rela meninggalkan dunianya, setelah kebenaran tidak lagi mampu ditegakkan.

Comments

Popular posts from this blog

Tasbih Yang terputus