DIARI PENUTUP 2016

Semalam ummi telefon,, terketar-ketar suara ummi,. Ummi menangis. Jarang sekali ummi menitiskan air mata didepan anak-anak ummi. Namun, sekarang, rindu ummi pada anak-anak ummi tak tertahan lagi. Ummi risau anak-anak ummi yang berjauhan, lama tidak pulang.


Ummi risau anak ummi tidak sihat.
" ummi, kami baik-baik semuanya, sakit sikit-sikit itu biasa. Kami kuat sebagaimana ummi mengajar kami untuk kuat , kekuatan ummi kekuatan kami".



Letak telefon. Air mata laju mengalir.. Ya , rindu ummi, rindu abah, rindu adik-adik.


Semakin dunia beranjak usia, anak-anak ummi pula semakin dewasa. Dulu aku seperti itu, dipangkuan ummi.
Sekarang, sebelah kaki ini melangkah lagi ke anak tangga berangka 23 tanpa sedar. Sebelah kaki masih lagi terpaku utuh ditangga 22. Tercenggang. Takut Dan risau memikirkan apa yang bakal dilalui di atas sana.


Semakin difikir ,semakin gusar, tak sedar antara tangga itu semakin renggang terpisah. Antara jatuh tersungkur ditelan masa atau terus mara melangkah, tempuh segala menuju angkasa biru?. Aku harus matang memilih.


Sesekali terfikir, perjuangan ini peritkan ummi. Memerlukan seribu pengorbanan. Ku donggak awan kelabu, terbayang senyum ummi, " kerana cinta, berkorban lah anakku, berkorbanlah demi Allah Dan Rasul.

Tusimaza
311216

Comments

Popular posts from this blog

Tasbih Yang terputus