Kehidupan
Mencari erti sebuah kehidupan
Di celah-celah liku perjalanan
Apa yang dijumpai?
Sebuah perit yang sukar dimengerti
Di saat aku cuba untuk memberi
Pada insan bergelar manusia
Di saat itu
keikhlasan mula diuji
Aku mengerti
Aku mengerti
Dalam jambak wangian bunga
Ada juga yang busuknya
Apatah dalam berjuta kilauan permata
Pastinya ada jua kerikir tidak berguna.
Kerana engkau aku kenal erti sebuah KESABARAN
Pada aku,memberi kepada merpati putih
di laman AIKOL itu lebih membahagiakan
Walau tidak pernah dimahkotakan dengan aksara 'terima kasih'
Cukup sekadar selorek senyuman biasa
Mampu melenakan aku dalam pelukan bahagia walaupun seketika
cuma
Dan kemudian engkau terbang bebas di udara sana
Aku juga menghantarmu dengan sekuntum senyuman
Senyuman yang bukan ku cipta untukmu,tetapi memang tercipta
Sedang aku sendiri tidak menyedari
Itulah sebuah KEIKHLASAN
Biar pun perit,ingin jua ku rakam hari-hari kita sebagai
memori
Memori yang mungkin tidak bisa kumiliki tanpa detik-detik
bersamamu
Mungkin suatu masa,aku menyelak kembali sela-sela diari
Untuk mengimbau sebuah perjalanan
Yang mendewasakan aku sebagai manusia
Di perbatasan sebuah kehidupan.
Tusimaza
Stuffrun
101015
Comments
Post a Comment