SEBELUM AKU BERNIKAH
Sunday,
15 February, 2015
6:52 PM
Sedikit
perkongsian ilmu yang dapat dipetik dari seminar sebelum aku bernikah akan saya
kongsikan bersama kalian.Semoga kita semua mampu membuat persiapan rapi untuk
memcapai mampu,memeluk sempurna.Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang
meletakkan cinta Allah mengatasai segala-galanya.
FIQH
CINTA
Saban
hari,kita di doktrinkan dengan difinisi cinta yang salah,jauh terpesong dari
maksud cinta yang hakiki.Justeru,Fiqh cinta membawa kita untuk memahami konteks
cinta yang sebenar.
Dalam
kitab raudatul muhibbin karya Imam Ibn Al- Qayyim Al Jauzi mencatatkan 50
istilah berkaitan cinta.Antara Nya
1)cinta
ibarat singa dan pedang
-dimana
cinta ini berkuasa,mampu menberi kemulian,mengangkat darjat yang rendah menjadi
tinggi,yang lemah mampu menjadi kuat,yang hina menjadi mulia. Inilah cinta yang
sebenar.Cinta yang ditunjukkan oleh para nabi.Kerana apa,?kerana mereka
meletakkan cinta Allah number 1 dalam
hidup mereka
2)cinta
ibarat bencana besar
-cinta
ini cinta yang membawa malapetaka kerana dirajai nafsu
3)cinta
ibarat arak yang memabukkan
-bilamana cinta yang dirasai memberi manfaat,tetapi dalam tidak sedar sebenarnya cinta ini membawa kemudaratan buat kita.Bahaya cinta ini jika terlalu obes.sedikit-sedikit itu adalah fitrah.
Faham ---> pembuktian
Faham
kenapa pentingnya cinta,kenapa perlunya perkahwinan.Dan cinta merupakan asas
pembinaan ummah.bilamana kita menyebut asas,sudah tentu ianya perkara yang
sangat penting,kerana tanpa asas bagaimana sesebuah binaan mampu teguh
berdiri.Kita tak nak hanya menjadi batu bata yang rapuh yang akhirnya
melahirkan binaan yang tidak sempurna.
Setelah
mencapai faham perlunya kepada pembuktian melalui amal.Bagaimana?
Bila kita
melafazkan cinta,ini bererti kita ingin bersama-samanya menuju syurga.Justeru
berpimpin tanganlah dengan mereka yang kita cintai menuju ke destinasi abadi
yang menjadi idaman.Buktikan dengan amal.Mungkin kita tak mampu capai
sempurna,namun jalan menuju sempurna dipenuhi dengan amal kebaikan.Jadi,tidak
mengapa jika kita tidak mencapai sempurna,yang pasti kita sentiasa dalam
kebaikan kerana kita dijalan menuju sempurna.
Mustahil
kita mengatakan cinta,dalam masa yang sama kita menolak orang yang kita cintai
ke dalam api.Mustahil kita mengataka cinta,sedangkan dalam masa yang sama kita
humbannya ke lembah neraka.
Bina diri sebelum bernikah
Bina diri
dengan merenung kembali 10 muasafat tarbiyah Imam Hassan Al Banna :
-salamatul
aqidah(kesempurnaan akidah)
-Sahibul
ibadah (ahli ibadah)
-qawiyyul
jism (kekuatan jasad)
-matinul
khuluk (keelokan akhlak)
-musthaqqafal
fikri (berilmu pengetahuan)
-mujahadah
ala nafsi (menjaga nafsu)
-harisun
ala waktihi (menjaga waktunya
-munazzamah
bi syu'unihi (tersusun dalam urusan)
-nafi'un
fi ghairihi (bermanfaat kepada orang lain)
Ingat,dalam
membina diri kita bukan mengejar kesempurnaan,yang dikejar adalah
keredaan.Kerana dengan keredaan lahirnya kebahagian.
~Bersambung
dalam entri akan datang untuk slot-slot seminar yang seterusnya.(1 2 3 step cari jodoh)
mantop k.tusi��
ReplyDeletet.kasih dek semoga bermanfaat..
Delete