Posts

Showing posts from 2015

Kisah Yusuf,Tentang Kita

Image
Bamboo village Ulu Langat Sesungguhnya Al quran datang sebagai musim bunga untuk hidupkan kembali hati-hati yang mati kesejukan dek musim sejuk. Mengambarkan bagaimana Allah menurunkan penawar buat hambanya yang diuji hidupnya.Sesekali Allah tidak membiarkan kita terkapai-kapai,terus-menerus dihantui mimpi-mimpi ngeri semalam tanpa dakapan kasih-Nya. Ketika mereka,kafir Quraish merancang untuk membunuh Rasulullah,Allah khabarkan nabi tentang 'Yusuf',Allah menenangkan nabi,bahawa nabi tidak keseorangan,bagaimana Nabi Yusuf juga diancam dengan konspirasi abang-abangnya kerana sekelumit rasa cemburu.Allah juga kisahkan tentang 'kebetulan' yang dihadapi Yusuf di sepanjang perjalanan hidupnya. Ya,babak kebetulan itulah membuktikan Allah sentiasa hadir dengan harapan demi harapan untuk kita terus kuat mencari-Nya. Siapa sangka Yusuf terselamat dari gelap gelita 'Ghayabatil Jubb' telaga paling dalam?., Siapa sangka Yusuf dari hina seorang hamba diangkat seti...

رحمن رحمن - مشاري راشد العفاسي Mishari Rashid Al Afasy - Rahman

Image
Cinta berbahasa arab 3 from Ujhe Aswan

ramyul islam

Image
Image
Kehidupan Mencari erti sebuah kehidupan Di celah-celah liku perjalanan Apa yang dijumpai? Sebuah perit yang sukar dimengerti Di saat aku cuba untuk memberi Pada insan bergelar manusia Di saat itu   keikhlasan mula diuji Aku mengerti Dalam jambak wangian bunga Ada juga yang busuknya Apatah dalam berjuta kilauan permata Pastinya ada jua kerikir tidak berguna. Kerana engkau aku kenal erti sebuah KESABARAN Pada aku,memberi kepada merpati putih di laman AIKOL itu lebih membahagiakan Walau tidak pernah dimahkotakan dengan aksara 'terima kasih' Cukup sekadar selorek senyuman biasa Mampu melenakan aku dalam pelukan bahagia walaupun seketika cuma Dan kemudian engkau terbang bebas di udara sana Aku juga menghantarmu dengan sekuntum senyuman Senyuman yang bukan ku cipta untukmu,tetapi memang tercipta Sedang aku sendiri tidak menyedari Itulah sebuah KEIKHLASAN Biar pun perit,ingin jua ku rakam hari-hari kita sebagai memori ...

Inginku gapai bintang

Image
Usai berteleku di sejadah iman, Kukuak jendela kamarku nan indah, Kubiarkan seketika,wajahku dipupuk bayu, Silirnya bagaikan mencengkam tulang temulang, Fokus pandangku mengintai  sesuatu, Dibalik dedaun pohonan yang menghijau, Aku mencari sesusuk tubuh gigih, Yang setia berpagi-pagian mencari sesuap rezeki, Aku mencari sebatang arus hingar, Yang saban hari  setia berjasa, Aku mencari sesuatu yang dahulu jelas kulihat di jendela ini, Kini hanya bunyi mengingatkanku, Yang arus jasa itu,masih terus berjasa, Hanya gerak kabur di celah dedaun itu memberitahuku, Yang sesusuk gigih itu masih setia berkhidmat. Ahh,ku sedar sesuatu tentang pepohon menghijau itu, Pohonan yang menghalang lihatku, Semakin hari kian menjulang tinggi, Kian bercambah mendaki sigai impian, Katanya padaku,”suatu hari akanku gapai awan”, Sekali lagi aku tersentap, Aku sedar sesuatu tentang diriku, Bukan mataku yang kabur mengamati semua, Tetapi hatiku yang buta menyelongka...
Image
#BIRTHDAYMOMENT       Jari jemari jam seakan-akan akrab bersama,masing-masing bergandingan di angka 2,menandakan malam sudah terlalu larut,beberapa jam sahaja lagi masih berbaki sebelum fajar pagi menjengah hari.Aku sudah kekejangan bersengkang mata di meja belajar menghabiskan ayat-ayat terakhir  bagi tajuk terakhir untuk peperiksaan esok hari.     Berkali-kali aku menggeliat,meregangkan kekakuan pada otot.Aku menuju ke arah almari,meneguk sedikit air,menghilangkan kekeringan pada tekak.Nikmat sungguh rasanya,walaupun hanya tegukan air tawar tidak berperisa,sejuk mengalir di kerongkong.     Di saat aku cuba berdiri,tiba-tiba dahiku terhantuk pada pintu laci atas yang terbuka.”Allahu…Apa dosaku”,rintihku di dalam hati.Sedikit pedih di sudut dahiku.Aku tegak berdiri menghadap cermin pada pintu almari.Aku meneliti wajahku,mencari kesan hantukan tadi.Seketika aku tepandang kalendar kecil di penjuru cermin,lantas mencari...
Image
      SEBELUM  AKU  BERNIKAH Sunday, 15 February, 2015 6:52 PM Sedikit perkongsian ilmu yang dapat dipetik dari seminar sebelum aku bernikah akan saya kongsikan bersama kalian.Semoga kita semua mampu membuat persiapan rapi untuk memcapai mampu,memeluk sempurna.Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang meletakkan cinta Allah mengatasai segala-galanya. FIQH CINTA Saban hari,kita di doktrinkan dengan difinisi cinta yang salah,jauh terpesong dari maksud cinta yang hakiki.Justeru,Fiqh cinta membawa kita untuk memahami konteks cinta yang sebenar. Dalam kitab raudatul muhibbin karya Imam Ibn Al- Qayyim Al Jauzi mencatatkan 50 istilah berkaitan cinta.Antara Nya 1)cinta ibarat singa dan pedang -dimana cinta ini berkuasa,mampu menberi kemulian,mengangkat darjat yang rendah menjadi tinggi,yang lemah mampu menjadi kuat,yang hina menjadi mulia. Inilah cinta yang sebenar.Cinta yang ditunjukkan oleh para nabi.Kerana apa,?kerana mereka meletakka...