Sang penagih cinta


Dia mencandukan kau,
Kau hanya mengangguk padu,
Dia memukau akan dikau,
Kau hanya mengikut rapat..
Tidak ubah kau bagaikan penagih cinta
Kemaruk kasih pada yang salah
Dambakan sayang pada yang tak sudi
Sungguh kau buta dalam celik.
Pinangan cintamu membadai,
Mereka yang membenci turut merasa
balasan sebuah cintamu yang membuta.
Cinta yang membisa,memburuk ,
Dalam diam memakan mangsa
akhirnya meratah sang penagih cinta,
turut membaham mereka yang tidak berdosa.
Usah merengek kata benci
Kerana itu yang kau damba duhai penagih cinta.

Comments

Popular posts from this blog

Tasbih Yang terputus