SIAPA LEBIH MULIA?


       Selama ini ku sangka diriku dah cukup berilmu,dah tahu semua  perkara ,fardu ain mahupun fardu kifayah.Namun, hakikat kejahilan terserlah bilamana aku membantu abah mengendalikan ujian pengukuhan untuk kanak2  berumur 8-15 tahun di masjid.

       Aku meneliti soalan2 ujian yang terdapat di tanganku.
"sebutkan perkara sunat ab'ad dan sunat hai'ah di dalam solat","rukun tayammum…",perkara membatalkan solat dan tayammum…".
Dahiku sedikit berkerut.Apa jawapannya ye?Aku kebuntuan.Soalan susah ke,atau aku yang tak belajar?

       Bilamana aku membuat penilaian terhadap seorang kanak-kanak,aku terkesima mendengar jawapannya.Semuanya tepat sepertimana didalam skema jawapan.Terbukti,soalan itu bukanlah susah,yang menjadikannya susah kerana tidak belajar.

      Tiba-tiba terasa kerdilnya diri ini.Aku malu,malu bilamana  seorang budak yang umurnya jauh lebih muda dariku mampu menjawab dengan baik,sedangkan aku masih dalam kekeliruan walaupun usia dah mengenjak dewasa. Aku malu pada diri sendiri.Terasa betapa diri ini terlalu jahil.Fardu ain yang wajib keatas setiap individu pun belum mantap di dalam diri,bagaimana diri ini hendak menegakkan fardu kifayah?.

       "Adik,sebutkan  3 bahagian air",
soalku pada seorang budak.
Tergagap-gagap,dia menjawab  "air mineral,air masak…"
Aku menahan gelak.Yang sebenar ialah air mutlak,musta'mal dan mutanajjis.Dalam situasi lain,aku menyoal,
         "apa sebab -sebab hadas besar".
Cepat je si kecil Atif menjawab,   "mengandung".  Sekali lagi aku menahan gelak.Satu lagi soalanku
        "apa yang tidak boleh dilakukan oleh orang yang berhadas besar?".
Si manis Nabilah Nazirah tersipu-sipu malu,
           "ustazah,saya tak ingat la".
      "orang berhadas besar  tak boleh solat,tak boleh puasa",
aku sekadar memberi  contoh kepadanya.
"ustazah,1 lagi dia tak boleh raya"
jawab Nabila  Nazirah.Kali ini ketawaku terburai jua.Macam-macam gelagak ku temui hari ini.

        Beserta ketawa yang masih berbaki,aku memerhati adik-adik di hadapanku.Sesungguhnya,mereka lebih mulia dariku kerana mereka lebih berilmu.Walaupun ada sesetengahnya tidak mampu menjawab dengan baik,mereka tetap lebih baik dariku kerana mereka dalam proses pembelajaran.Mereka sedang bertatih dengan  nilai-nilai dan ilmu agama.Sedangkan diriku yang hanya memiliki setitis ilmu terasa tidak layak berstatuskan "ustazah".

       Tepat jam 4.30 petang,ku bergegas menyusun borang-borang penilaian dan dimasukkan ke dalam fail.Aku pulang ke rumah berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dalam diri.Aku harus mencari dan mendalami ilmu di saat diri masih muda remaja ini.Pencarian ini tidak akan terhenti selagi roh masih bersemadi dalam diri.

       Mencari dan terus mencari agar segala amal ibadat yang kita kerjakan berteraskan ilmu,bukan dibuat sekadar ikutan semata.Dengan ilmu juga mampu menambahkan keyakinan dalam beribadah.Harus disedari,meneroka ilmu merupakan usaha penjernihan diri sendiri  sejurus itu barulah kita mampu meningkatkan orang lain.

Fathi Yakan ada menyebut di dalam kitabnya "Qawarib Al-Najat Fi Hayat  Al-Du'ah",
       " Orang yang mendidik jiwanya lebih wajar mendapat penghormatan daripada orang yang mendidik manusia lain"
19/10/13

Sabtu

Comments

Popular posts from this blog

Tasbih Yang terputus