INDAHNYA KEADILAN TUHAN
Indahnya
Al-adalah(keadilan) Allah...
28 June
2013
17:03
Bila ditimpa kesusahan,mehnah dan
tribulasi,aku sering terfikir?kenapa Dia tinpakan ke atasku,kenapa aku,bukan
orang?Sedangkan mereka hidup senang di luar sana tenggelam ditengah kemewahan
yang melimpah,kenapa dan kenapa... terus mendesak fikiranku.
Dikala inilah fikiranku diterjah dengan
satu persoalan,adilkah Allah???ma sya Allah,kenapa aku terlalu jahil dalam bab
ini.tidak sepatutnya statusku sebagai hamba yang kerdil ini untuk menilai
keadilanMu ya Rabb.
Sejenak ku termenung,teringatku kisah nabi
Musa di Bukit Tusina.di sana Nabi Musa sentiasa bermunajat kepada Allah
"Ya Allah,tunjukkanlah keadilanMu kepadaku"
Jawab Allah"egkau tidak akan sabar dan
terus menyalahkan Ku jika Ku perlihatkan keadilan Ku"
Kata Nabi Musa a.s"dengan taufik
dariMu akanku sabar menerima dan menyaksikan keadilanMu Ya Rabb"
Allah berfirman"pergilah kamu ke
tempat yang terdapat padanya mata
air,sembunyilah di sebaliknya dan saksikan apa yang bakal berlaku"
Pergilah Nabi Musa mendaki bukit sebagaimana yang diperintah
Allah.Tidak lama kemudian,dia diperlihat
dengan seorang penunggang kuda.Dia turun dari kudanya,kemudian berwuduk dan
meminum air dari mata air tersebut.Seterusnya dia menunaikan solat dan
meletakan satu kalung yang berisi 1000 dinar
di sisinya.Seusai menunakan solat dia tergesa-gesa meninggalkan tempat
itu,sehingga terlupa akan kalung dinarnya.
Kemudian,datang pula seorang budak
kecil.Dia menikmati air dari mata air tersebut,dan terpandang olehnya kalung
yang berisi dinar tadi.Tanpa berfikir panjang,dia mengambil kalung tersebut,dan
terus meninggalkan tempat itu.Ditak lama selepas itu.datang pula seorang lelaki
buta.Sebagaimana penunggang kuda,lelaki buta ini juga meminum air dari mata air
tersebut dan berwuduk.Lalu dia pun menunaikan solat.Sebelum sempat sdia
meninggalkan tempat tersebut,tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran penunggang
kuda tadi yang datang kembali.
Katanya kepada lelaki buta"kamu
mengambil karungku di sini"
"bagaimana aku boleh mengambil karung
kamu,sedangkan aku sendiri buta"balas lelaki buta dalam keadaan terkejut.
Dengan keras,penunggang kuda
berkata"kamu bohong,sedangkan tiada orang lain di sini selain kamu"
"ya,benar aku sendirian di sini.tetapi
aku tidak boleh melihat".Balas si buta.
Penunggang kuda dengan marah
membalas"mengambil tidak semestinya dengan melihat,tangan pun boleh
melakukannya"
Disebabkan terlalu marah,dia membunuh
lekaki buta tersebut.Kemudian dia mencari-cari kalung pada badan lelaki buta
itu,tetapi sia-sia sahaja.Dia terus meninggalkan mayat lelaki buta di situ.
Setelah melihat kejadian itu,Nabi Musa a.s
seraya berkata"Ya Rabb,memang benar kata-katamu,ia benar-banar menguji
kesabaranku.Namun,aku yakin sesungguhnya Engkau Maha Adil"
Allah mengutuskan Jibril untuk
menyampaikan penjelasanNya kepada Nabi Musa a.s.Dia lah Yang Maha Mengetahui
perkara-perkara ghaib yang tidak kita ketahui.
Sebenarnya,anak kecil yang mengambil
karung yang berisi 1000 dinar itu merupakan anak kepada seorang lelaki yang
bekerja dengan lelaki penunggang kuda.Tetapi dia tidak pernah dibayar gaji .Jadi anak kcil tadi
telah mengambil haknya kembali.Adapun lelaki buta yang telah dibunuh tadi
merupakan orang yang membunuh ayah kepada anak kecil tersebut.Ketika itu dia
masih belum buta.
Dari kisah ini,ku nampak betapa adilnya
Allah.Setiap yang direncanakan Allah ada hikmah.Walaupun kadang-kadang aku
tidak nampak akan hikmah itu kerana mengetahuan aku terbatas ,sedangkan Allah
Amat Luas PengetahuanNya.Dia mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya
dan Dia tidak ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.Dari sini,ku mengorak
langkah,ingin ku teroka lautan anugerah Allah kapadaku dengan mata hati.Moga
disana ku temui mutiara kenikmatan dan
permata kesyukuran yang sangat bernilai buat diriku sebagai hamba.Betapa
Indahnya Keadilan Allah
"ya Allah,aku lemah,tapi ku usaha untuk
jadi kuat'
Aku tidak
sempurna,tetapi aku berusaha untuk jadi sempurna.
Sesungguhnya Engkau
tidak melihat hasil yang hambaMu dapat,
Bibit Usaha itu lah
yang dinilai disisiMu…"
Comments
Post a Comment