First Day Intern
Seribu langkah menuju harapan bermula dengan langkah pertama !!!
Dengan semangat baru aku melangkah. Yeah sebenarnya everyday is first day kerana disini hari-hari aku pasti akan dihidang dengan sesuatu yang baru. Selayaknya diri ini yang kontang haru belajar sesuatu untuk hari-hari mendatang.
AMTC. Solusi Menuju Baitullah. Disini lah aku akan menjalankan intern selama 3 bulan bersama kawan gila-gila aku. Nama dia Amirah Farhanah. Orang panggil dia Emy.
Pagi yang indah. Aku pembonceng setia motor Si Mira. Motor buat hal pulak. Minyak kurang. satu hal cari stesen minyak. Nak dijadikan cerita, kami tak tahu nak buka seat motor untuk isi minyak. Puas mencari, akhirnya kami bertanya seorang abang yang kebetulan singgah mengisi minyak pagi itu.
Kami kelewatan, dah la hari first, mencari lokasi AMTC pun masih bergantung kepada aplikasi wase. Mira gigih memulas tombol minyak menaiki bukit dengan gear 3.
Kelihatan seorang abang berbaju korporat AMTC sedang menyapu lantai di hadapan pejabat. Sapa dua tiga patah kami dijemput masuk. Tiada pekerja lain pada hari ini. Sunyi. Mereka semua masih bercuti sempena nuzul Al quran.
Masuk pejabat, dekat dengan sejam kami menunggu pengarah urusan. Puas selfie. Kemudian kami di arah mengemas meja pejabat untuk persediaan tempat kami.
Alhamdulillah. Hari ini hanya kami bertiga di ofis, Bersama seorang staff, abang Hafiz. Baik sangat, tidak pernah jemu menjawab soalan budak baru seperti aku. Dia merupakan graduan KAED UIA. Super senior.Sekarang bekerja sebagai designer syarikat.
Sesi taklimat jobskop oleh pengarah urusan. Kami diarah ke bilik beliau. Serba sedikit tentang syarikat dibentangkan. Antaranya berkenaan dengan struktur syarikat, jobskop department, projek-projek terbaru syarikat dan banyak lagi. Kami diberi masa hari ini untuk memahami selok belok gerak kerja syarikat. Bahagian utama dalam sesebuah syarikat adalah sale @ marketing. Inilah yang menjadi mercu tanda jatuh bangun sesebuah syarikat perniagaan.
Yang menarik tapi tak kelakar, kami diminta membuat research untuk projek terbaru syarikat berkenaan spiritual honeymoon. Aku google2 lah sedikit sebanyak untuk mendapat gambaran tentang konsep dan semua yang berkiatan honeymoon. banyak lagi akan aku kongsikan tentang perkara ini dalam entri akan datang.
Seharian menghadap komputer. Penat juga. Mengantuk yang teramat. Ingin sahaja aku melelapkan mata, tetapi memnadangkan aku betul-betul berhadapan dengan abang Hafiz, aku tahan sahaja. Takut kantoi.Aku bercakap dengan Mira, 'pelik tengok abang Hafiz tu , tak mengantuk ke hadap design dia tu.'
Sebelum balik abang Hafiz ajar kami 'punch card'. tepat jam 5.30 kami pulang dalam kepenatan. Hari ini kami tidak larat untuk memasak. Jam 6.30 petang kami ke bazar membeli juadah dan berbuka di masjid.
" Macam ni rupanya kehidupan bekerja.uhh" ,Mira mengeluh."Penatkan, semua benda kena fikir, balik dah la lewat. Qailullah memang tak dah la, nak fikir masak lagi,nak fikir rumah sewa lagi, mak cik rumah sewa buat hal lagi.." Panjang lebar aku mengomel.
Comments
Post a Comment