SEBELUM AKU BERNIKAH Sunday, 15 February, 2015 6:52 PM Sedikit perkongsian ilmu yang dapat dipetik dari seminar sebelum aku bernikah akan saya kongsikan bersama kalian.Semoga kita semua mampu membuat persiapan rapi untuk memcapai mampu,memeluk sempurna.Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang meletakkan cinta Allah mengatasai segala-galanya. FIQH CINTA Saban hari,kita di doktrinkan dengan difinisi cinta yang salah,jauh terpesong dari maksud cinta yang hakiki.Justeru,Fiqh cinta membawa kita untuk memahami konteks cinta yang sebenar. Dalam kitab raudatul muhibbin karya Imam Ibn Al- Qayyim Al Jauzi mencatatkan 50 istilah berkaitan cinta.Antara Nya 1)cinta ibarat singa dan pedang -dimana cinta ini berkuasa,mampu menberi kemulian,mengangkat darjat yang rendah menjadi tinggi,yang lemah mampu menjadi kuat,yang hina menjadi mulia. Inilah cinta yang sebenar.Cinta yang ditunjukkan oleh para nabi.Kerana apa,?kerana mereka meletakka...
Popular posts from this blog
“Man,Allah tak dengar doa aku”. Luah Min sambil tangannya mencabut-cabut rumput kering berhampiran silanya di tepi sebuah tasik. Sesekali dia melontar sesuatu ke dalam tasik,seakan-akan mengusir pergi galau di hati.Tiada senyuman diwajahnya. “Innallaha sami’ud dua’ ,Min”. Man mencari seraut tatapan mata seorang kawan yang susah senang bersama. “ betul ke kau mintak”. Man mencari kepastian. “ umhh betul…” Hanya dengusan yang terluah. “ya betul kita dah meminta,tetapi kita tidak sedar kadang-kadang kita tidak betul-betul meminta”Man mula berfalsafah. Min yang leka memandang tasik,menoleh ke arah Man mengharapkan penjelasan. إذ نادى ربه ندآء خفيا (3) قال رب إني وهن العظم مني واشتعل الرأس شيبا ولم اكن بدعائك رب شقيا(4) Indah. Ayat ini menceritakan kita bagaimana Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut (nida’an khofiyya). Mufassir menyebut suara yang lembut itu bermaksud dengan perlahan dan penuh rendah diri pada waktu malam yang tiada seorang pun ...
Tasbih Yang terputus
Ku katakan padamu, Perjalanan kita mencari biji-biji tasbih yang terputus Kian kontok dari kalung yang tidak lagi bersambungan Kau katakan kau dahagakan Cinta Tuhan Namun yang sering diteguk seperjalananmu adalah cangkir-cangkir dari lembah dosa Benarkah itu pencarianmu mencantumkan kembali untaian tasbih, saban hari menemani alun zikirmu mencari Cinta sejati Ku bawa kau mengembara Melewati kota metropolitan Tidak kah disana kau temui dirimu? Betapa kau diperlukan Sewaktu kesepian mencari damai Sewaktu kebuntuan mencari penyelesaian Sewaktu kesukaran mencari jalan Sewaktu berkejaran menuju dentinasi, kau temui,dirimu tidak keseorangan, walaupun kadang-kadang kau lupa pada RABITAH yang merangkul erat tangan-tangan kita Lantas mengapa tidak kau jadi diri sendiri? Walau patah sayapmu dicengkam kejam gerabak perjalanan Terus terbang dengan carik mu, usah kau malu Apakah kau masih ragu Sebagai makmum di dalam saff tersusun sedangkan SOLAT mu pincang Mengapa begitu muda...
Comments
Post a Comment