SEKUNTUM TULIP MERAH JAMBU





Usai solat maghrib, kami susuli dengan dua rakaat rawatib, mudah-mudahan dengan dua rakaat itu mampu menampung lompangan yang disengaja atau tidak pada solat wajib.

Jeda seketika. Ema bersuara, setelah aku selesai melafazkan salam terakhir. " Maria, berikan saya sesuatu boleh?". Ema masih bersimpuh di atas hamparan sejadah bersebelahan, sedikit ke belakangku. Aku terkejut. Lipatan sejadah di tangan dilemparkan ke kepala katil. Lenovo S660 usang dicapai.Dua tahun menjadi milikku. Calar disana- sini kelihatan. Tak kisah retak, calar, pecah, ia tetap menjadi kesayangan aku memandangkan itu hasil dari titik peluh aku bekerja di sebuah kilang kek suatu masa dahulu. Penat bekerja tidak dapat ditandingi dengan penat sebagai seorang pelajar.

" Kenapa Ema?" Hanya itu respon aku terhadap pemintaan Ema. Pelik dengan permintaan yang tiba-tiba itu.

"Entah, saya dah nak mati kot". Senyum Ema tidak mampu ditafsirkan.
Aku sentap, sambil menatap lama mata Ema. Sesekali tangannya menguis-nguis screen telefon ditangannya. Sunyi. Aku mengeluh. Otak ligat memikirkan sesuatu.

" Awak nak lagu apa, biar saya nyanyikan untuk awak, Ema. Suara saya boleh tahan la ala-ala Siti gitu" aku memecahkan kesunyian.Tersenyum galak.

Ema mengerling ke arahku. Rolling eyes mengejek, sambil ketawa. " Nyanyikan lagu pergi tak kembali lah".

"Ok, Awak get ready ye". Aku mencari sesuatu dilaman you tube. 'Pergi tak kembali- rabbani' bergema memenuhi ruang bilikku.

Ema mencebik, " Elehh, kata nak nyanyikan, sembang...".
Aku mengangkat kening kiri dengan senyum comel yang dibuat-buat.

Aku biarkan Ema yang asyik melayan nasyid yang dipasang. Fikiranku kala itu jauh melayang menayangkan kronologi-kronologi hidup dua tiga hari lepas. Semakin difikir semakin aku tak keruan. Kenapa ia bagaikan berkait-kait antara satu sama lain, menjadi gumpalan jaring yang sukar dirungkaikan  Ada sesuatu yang meresahkan aku dengan permintaan Ema dan peristiwa yang berlaku semalam.

************************

Lampu hijau berkelip-kelip menerusi telefonku.Sebaris wassap dari Ateh tertera.

"Achik, nak jumpa boleh?" . Pelik, kenapa tiba-tiba ingin ketemu. Jam telefon tertera angka 8.14 malam Aku tidak bertanya lebih, sekadar membalas ok.

Achik datang ke bilik, ditangannya menyorokkan sesuatu. Aku mempelawanya masuk.

Sekadar bertanya khabar. Kami kemudian berborak seputar persiapan peperiksaan. Sebelum pulang Ateh menghulurkan sesuatu. Sebentuk button badge terlakar indah gambar aku bersama baby kecik, No'ah, yang berdarah United State. Sedikit kata-kata menghiasi ruang. Dikepilkan bersama sepapan Hersey berperisa coklat putih.

Aku terkejut barbaur teruja dengan pemberian Ateh. " Apa ni Ateh?, kenapa tiba-tiba?

Ateh sekadar tersenyum.jeda seketika. "Entah... rasa nak bagi ". Ateh mengeluh seketika. "Emm  nak mati kot". Ateh menyambung. Aku diam. Mati kata.

**************************************

Aku menerawang memikirkan dua insan yang rapat denganku, menuturkan satu perkara yang sama. Perkara yang membuatkan aku terhenti langkah dengan tiba-tiba. Tidak keruan. Termati kata. Lama aku bertafakur.

Ema menepuk pahaku. " Dah, Buka lagu lain pulak". Ema, mengunjurkan telefon kepada aku.

Aku memutarkan lagu Sesuci Lebaran nyanyian Siti . Lagu-lagu nyayian Siti antara kegemaran aku sedari dulu. Sengaja aku mengenakan Ema dengan memutarkan lagu tersebut.

"Eih, kenapa lagu ni, tak suka, lambat lagi nak raya". Renget Ema bagai budak kecik. Aku tergelak.

Aku mencapai Hersey pemberian Ateh semalam di atas meja. Aku membukanya , dan kuhulurkan kepada Ema, sekadar memujuk.

"Siapa bagi awak?" Ema bertanya sambil mematahkan coklat di tangan.

"Ni coklat kan?" aku sekadar menduga.

"Aa'ah". Ema menggangguk.

"Dah tu,kalau coklat mestilah kekasih hati".

"Eiihhh menyampah", Ema mencebik. "Kenapa selalu je orang berikan awak something?" Duga Ema, lagak seorang kekasih yang meragui pasangannya.

Aku sekadar menjawab," Emm mungkin saya nak mati kot". Tekakku terasa pahit dan sukar untuk menuturkan perkataan 'mati'. Mindaku kembali berputar memikirkan sebuah kematian yang tiada siapa mampu menanggung kesakitaannya yang maha dasyat. Tambahan lagi orang seperti aku, yang tidak pernah bersedia untuk itu.

"Maria niii...." Ema berlalu pergi ke compartment nya, meninggalkan aku bersendirian. Aku menghantarnya dengan senyuman.

**********************************
Kembali menerawang. Filem hitam putih berpusing-pusing dalam benak. Menjadi persoalan dimindaku , siapa sebenarnya yang akan mati? Apakah aku yang akan meninggalkan mereka, ataukah mereka yang akan meniggalkanku? Fikiranku semakin kusut. Takut menyelubungi diriku kala itu.
Selepas berwuduk untuk solat isyak,aku masuk semula ke dalam bilik, tergesa-gesa menghamparkan sejadah. Aku harus cepat kerana memikirkan banyak perkara yang belum selesai.
Usai solat, aku tidak sempat menadah tangan memohon dariNya. Zikir ringkas hanya meniti dibibiran tanpa kesan di hati nubari. Begitulah hariku dalam kesibukan duniawi.
Sejadah ditangan disangkut di kepala katil. Seketika, mataku terhenti pada sesuatu yang indah di atas meja. Sebuah potret kelihatan bercahaya dek pantulan lampu meja tepat menyuluh sekuntum bunga yang sedang berkembang mekar. Disisinya tersusun kemas kotak-kotak antik  diperbuat daripada rotan.
Aku terdiam. Tanganku perlahan mengusap sekuntum tulip merah jambu yang seakan-akan tersenyum melambai-lambai ke arahku. Hatiku memuji-muji kecantikan imej berkonsepkan bokeh itu. Aku memeluknya erat, kemas didalam rangkulanku.
Tulip merah jambu. Aku masih memerhati. Hijau kabur di sekelilingnya seolah-olah memberi harapan kepada aku.
'Alaika bitaqwallah' . Mataku berkedip-kedip beberapa kali terbacakan sepotong ayat itu disuatu sudut. Cuba untuk memahami.
Aku memusingkan potret ke belakang. Mataku sekali lagi terhenti berkelip. 'Warkah buat yang dicintai ,Maria...' . Titipan nasihat dari seorang kawan ku baca satu persatu.

*****************
- sahabatku,bertakwalah kepada Allah pada hal yang rahsia dan terang.
-sahabatku,bersihkan hatimu dari penyakit batin.
-perangi hawa nafsumu,yang hanya bertujuan memgumpulkan harta dunia.
-redha dengan takdir Allah,hidupmu akan bahagia.
-sahabat , solatlah dengan hati yang khusyuk dan tidak lalai.
-ingat, dunia ini bukanlah untuk hidup berkekalan, ianya hanya sementara, sekadar jalan menuju tanah air abadi.


********************
Bagaikan empangan pecah. Air mata mula menitis dari kelopak mata. Urat sendi terasa lemah. Saat itu aku benar-benar terasa kematian. Ya, sebenarnya aku mati jiwa , mati roh. Hanya jasad bermaharajalela. Sibuknya diriku dengan dunia. Terlalu cintakan dunia sehingga tersangat takut akan  kematian. Aku terduduk perlahan. Istigfar membasahi bibir. Dalam esakan aku melihat tulip juga menangis, kelopaknya yang cantik basah dengan air mata. Tetapi tangisannya dalam senyuman,memberiku harapan untuk teruskan kehidupan dengan nafas baru.
Aku tersenyum. Aku katakan pada si tulip merah jambu, ada lagi yang lebih berharga daripadamu wahai tulip, iaitu dia yang menyedarkan diriku dari tidur yang lena. Dialah yang mengingatkan aku saat aku terleka.Dialah sahabatku, yang mengutuskanmu buat ku wahai sekuntum tulip merah jambu. Sahabat hingga ke syurga.

-tusimaza



Comments

Popular posts from this blog

Tasbih Yang terputus