DAIRI SEORANG SENIOR
Aku tunduk kepenatan. Berjalan menuju cafe. " Hai akak, makin cantik ye akak sejak cuti 3 bulan" tegur seorang junior. " Mana ada, makin hitam ni, banyak travel", balasku sambil tersenyum nipis. "ala kalau akak hitam, kita ni ape? jalan tar? " mulutnya muncung,jalan tersipu-sipu, lenggang mengalahkan perempuan. "Kau jangan nak sotong sangat boleh? akak lempang juga kan.."
**************
Cafe lengang. Kelihatan beberapa orang pelajar bersimpuh dibangku, tidak lekang telefon di tangan. Sesekali senyum melerek seorang diri. Aku meliar mencari seseorang. Sudah lama mungkin dia menanti, air milo di atas meja sudah separuh yang tinggal. " akak saya cari kelas satu jam baru jumpa...bla..bla.."
"Biasa la tu, nama dah junior"., Aku tergelak jahat. "akak ni...."
**********************
Hampir setengah jam menunggu pensyarah. Seorang demi seorang bingkas, meninggalkan kelas. Kelas tiada. Aku berkira-kira kemana harus ku tuju, sambil mengala ke perpustakaan. Sofa empuk di ruang legar perpustakaan menjadi tempat aku mencari inspirasi.
" Akak assalamualaikum," seorang junior ,jurusan undang-undang menegur. Aku senyum, cuba mengingati seraup wajah berjalan menghampiriku. Segak dengan rambut disikat rapi, berjubah hitam,menampakkan lagi kepucatan pada wajahnya. " Ehh, bukan awak demam ke?" . Minggu lepas dikhabarkan dia demam denggi. " Aa'a sepatutnya saya MC lagi hari ini, tapi tak apa lah, dah ok rasa ni". Aku mengangguk perlahan, kagum dengan dirinya. Semangat yang ditunjukkan dalam bab mencari ilmu tidak pernah kelihatan luntur sedikit pun semenjak aku mengenalinya beberapa bulan yang lepas. "Sungguh kau hebat dik". Hanya tersimpan di hati . Tidak lagi mampu diluahkan ,kerana sudah mati aksara mungkin. Gegendangmu juga mungkin sudah bosan dengan pujian murah seperti itu. Lama berborak seputar harinya sebagai pelajar baru, dengan ungkapan salam, dia meminta diri. Aku mencapai buku di atas meja, bergegas menuju kelas.
**************
Mungkin aku seorang kakak,punya adik yang ramai aku selesa berkawan dengan mereka yang lebih muda dariku.
Mungkin aku seorang kakak punya naluri seorang kakak aku selesa berkawan dengan mereka yang lebih berusia dariku.
Siapa pun aku, siapa pun kamu, kita tetap kawan.
Sekali kita berkawan, selama-lamanya kita kawan. Inilah yang dinamakan kawan.
Kawan, tegurlah aku jika aku mulai sombong.
Comments
Post a Comment