Posts

Showing posts from September, 2014

LAUTAN DARAH GAZA

Image
Lautan darah itu, Kian melimpah mengalir ke segenap Gaza, Milik pejuang gagah perkasa, Milik pemuda yang impikan syurga, Milik anak kecil yang tidak kenal dosa Lautan darah itu, Lambang semangatmu yang satu, Lambang keberanianmu yang jitu, Menjadi saksi perjuangan mu untuk agama. Darah itu merah pekat membaluti jasad kaku tidak bernyawa, Daging-daging berkecai bercerai dari badan, Diratah kejam zionis,tanpa belas kasihan Bukankah darah itu sama merah dengan darahku? Bukankah daging yang sama juga membaluti jasadku? Bukankah aku dengan mereka bersaudara ? Atas nama muslim aku bersaudara. Lantas Mengapa harus aku jijik dengan darah mereka? Mengapa aku biarkan mereka? Mengapa aku menyokong musuh mereka? Justeru Andai aku seorang agamawan, Akan ku tutup kitabku seketika,untuk turun membantu mereka, Andai aku seorang sasterawan, Akan ku asah mata penaku ,untuk membangkitkan nilai sedar juga semangat jihad, Andai...

BINTANG HATIKU

Bintang hatiku Antara berjuta bintang di langit Kau lah yang paling bersinar berkerlipan Kerana engkau bintang hatiku Bintang hatiku Kita bagaikan adik beradik Kita bagaikan satu keluarga Disaat adik terjatuh Ada abang kakak yang menghulurkan tangan Membantu adik agar teguh berdiri Disaat abang kakak kesedihan ditimbunan masalah Adik tak mampu membantu, Namun adik tetap memunculkan diri Sebagai penglipur lara pengubat duka buat si abang dan kakak Agar bisa tersenyum walau jiwa berserabut Bintang hatiku Jalan ini bukanlah jalan yang biasa biasa, Jalan ini untuk insan gagah perkasa Jalan ini warisan berharga Dari seorang nabi brjiwa hamba Hanya redo Illahi yang didamba Syurga sana cita-cita kita Bintang hatiku Kita bagaikan binaan tersusun Saling melengkapi saling memahami Dalam misi mema'murkan bumi Demi menyebarkan risalah suci Semoga kita dirahmati Bintang hatiku Aku sayang kalian Kerana aku sendirian tak ma...
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Bukan sekadar sebuah percintaan.   Sudah sekian lama, saya tertanya-tanya,kenapa novel ini cukup terkenal?Adakah ia sebuah novel islamik? Kupasan cukup menarik oleh Tuan Hafizul Faiz menjawab segala persoalan. Ternyata,TKVDW bukan lah sebuah novel versi islamik,kerana pada era itu karya islamik masih pudar, yang ada hanya karya berunsurkan khayalan. Namun,senaskhah TKVDW bukan sekadar khayalan suka-suka,malah ia sarat dengan bibit pengajaran.Penulis cuba menerapkan juga unsur kritikan adat disamping tema asal TKVDW, 'cinta'. Sebuah novel imaginasi yang hidup,mengisahkan percintaan seorang yang berkelana di bumi sendiri. Perbezaan adat membuatkan dia terbuang di negeri ibunda dan tersisih di negeri ayahandanya.Percintaan pula terhalang dek perbezaan keturunan.Bugis dan Minang tidak boleh bersatu. Sungguh malang nasib seorang pemuda bernama Zainuddin. Bersendirianlah Zainuddin dalam kekecewaan yang teramat. Lantas bermula lah hidu...