Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Kehidupan Mencari erti sebuah kehidupan Di celah-celah liku perjalanan Apa yang dijumpai? Sebuah perit yang sukar dimengerti Di saat aku cuba untuk memberi Pada insan bergelar manusia Di saat itu keikhlasan mula diuji Aku mengerti Dalam jambak wangian bunga Ada juga yang busuknya Apatah dalam berjuta kilauan permata Pastinya ada jua kerikir tidak berguna. Kerana engkau aku kenal erti sebuah KESABARAN Pada aku,memberi kepada merpati putih di laman AIKOL itu lebih membahagiakan Walau tidak pernah dimahkotakan dengan aksara 'terima kasih' Cukup sekadar selorek senyuman biasa Mampu melenakan aku dalam pelukan bahagia walaupun seketika cuma Dan kemudian engkau terbang bebas di udara sana Aku juga menghantarmu dengan sekuntum senyuman Senyuman yang bukan ku cipta untukmu,tetapi memang tercipta Sedang aku sendiri tidak menyedari Itulah sebuah KEIKHLASAN Biar pun perit,ingin jua ku rakam hari-hari kita sebagai memori ...
Inginku gapai bintang
- Get link
- X
- Other Apps
Usai berteleku di sejadah iman, Kukuak jendela kamarku nan indah, Kubiarkan seketika,wajahku dipupuk bayu, Silirnya bagaikan mencengkam tulang temulang, Fokus pandangku mengintai sesuatu, Dibalik dedaun pohonan yang menghijau, Aku mencari sesusuk tubuh gigih, Yang setia berpagi-pagian mencari sesuap rezeki, Aku mencari sebatang arus hingar, Yang saban hari setia berjasa, Aku mencari sesuatu yang dahulu jelas kulihat di jendela ini, Kini hanya bunyi mengingatkanku, Yang arus jasa itu,masih terus berjasa, Hanya gerak kabur di celah dedaun itu memberitahuku, Yang sesusuk gigih itu masih setia berkhidmat. Ahh,ku sedar sesuatu tentang pepohon menghijau itu, Pohonan yang menghalang lihatku, Semakin hari kian menjulang tinggi, Kian bercambah mendaki sigai impian, Katanya padaku,”suatu hari akanku gapai awan”, Sekali lagi aku tersentap, Aku sedar sesuatu tentang diriku, Bukan mataku yang kabur mengamati semua, Tetapi hatiku yang buta menyelongka...
- Get link
- X
- Other Apps
#BIRTHDAYMOMENT Jari jemari jam seakan-akan akrab bersama,masing-masing bergandingan di angka 2,menandakan malam sudah terlalu larut,beberapa jam sahaja lagi masih berbaki sebelum fajar pagi menjengah hari.Aku sudah kekejangan bersengkang mata di meja belajar menghabiskan ayat-ayat terakhir bagi tajuk terakhir untuk peperiksaan esok hari. Berkali-kali aku menggeliat,meregangkan kekakuan pada otot.Aku menuju ke arah almari,meneguk sedikit air,menghilangkan kekeringan pada tekak.Nikmat sungguh rasanya,walaupun hanya tegukan air tawar tidak berperisa,sejuk mengalir di kerongkong. Di saat aku cuba berdiri,tiba-tiba dahiku terhantuk pada pintu laci atas yang terbuka.”Allahu…Apa dosaku”,rintihku di dalam hati.Sedikit pedih di sudut dahiku.Aku tegak berdiri menghadap cermin pada pintu almari.Aku meneliti wajahku,mencari kesan hantukan tadi.Seketika aku tepandang kalendar kecil di penjuru cermin,lantas mencari...
- Get link
- X
- Other Apps
SEBELUM AKU BERNIKAH Sunday, 15 February, 2015 6:52 PM Sedikit perkongsian ilmu yang dapat dipetik dari seminar sebelum aku bernikah akan saya kongsikan bersama kalian.Semoga kita semua mampu membuat persiapan rapi untuk memcapai mampu,memeluk sempurna.Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang meletakkan cinta Allah mengatasai segala-galanya. FIQH CINTA Saban hari,kita di doktrinkan dengan difinisi cinta yang salah,jauh terpesong dari maksud cinta yang hakiki.Justeru,Fiqh cinta membawa kita untuk memahami konteks cinta yang sebenar. Dalam kitab raudatul muhibbin karya Imam Ibn Al- Qayyim Al Jauzi mencatatkan 50 istilah berkaitan cinta.Antara Nya 1)cinta ibarat singa dan pedang -dimana cinta ini berkuasa,mampu menberi kemulian,mengangkat darjat yang rendah menjadi tinggi,yang lemah mampu menjadi kuat,yang hina menjadi mulia. Inilah cinta yang sebenar.Cinta yang ditunjukkan oleh para nabi.Kerana apa,?kerana mereka meletakka...