Catatan Khaulah Al-Azwar
Membuka lembaran sebuah diari. Seorang Khaulah Al Azwar bergegas pulang dari kelas sejurus Ustaz Taufiq menamatkan pelajaran pada petang itu. Kelas ‘Research Methodology’ hari ini disimpulkan ustaz dengan tazkirah ringkas sempena ‘mid break’. “Perempuan ni semuanya pemalas,balik rumah semua makan yang mak masak. Ana bercakap ni atas dasar pengalaman bukan sekadar teori”. Tercabar. Bising satu kelas dengan suara tidak puas hati pelajar perempuan. Pelajar lelaki senyum bangga terasa spesisnya sempurna. Ada yang gelak terbahak-bahak. Tak tahu apa yang kelakarnya. Selebihnya senyum tersipu-sipu malu, tunduk memandang lantai. Mungkin terpukul dengan kata-kata ustaz dan terus redha. Khaulah yang sudah sedia maklum dengan nasihat ustaz itu hanya tersenyum nipis. Hati kecilnya berbisik “tak insaf-insaf lagi ke adik-adik ipar ustaz?”. Khaulah masih ingat, Ustaz pernah menceritakan isu ini pada kelas ‘Advance Arabic’ setahun yang lepas. Dalam perjalanan ke bili...
Comments
Post a Comment