Posts

Showing posts from October, 2015
Image
Kehidupan Mencari erti sebuah kehidupan Di celah-celah liku perjalanan Apa yang dijumpai? Sebuah perit yang sukar dimengerti Di saat aku cuba untuk memberi Pada insan bergelar manusia Di saat itu   keikhlasan mula diuji Aku mengerti Dalam jambak wangian bunga Ada juga yang busuknya Apatah dalam berjuta kilauan permata Pastinya ada jua kerikir tidak berguna. Kerana engkau aku kenal erti sebuah KESABARAN Pada aku,memberi kepada merpati putih di laman AIKOL itu lebih membahagiakan Walau tidak pernah dimahkotakan dengan aksara 'terima kasih' Cukup sekadar selorek senyuman biasa Mampu melenakan aku dalam pelukan bahagia walaupun seketika cuma Dan kemudian engkau terbang bebas di udara sana Aku juga menghantarmu dengan sekuntum senyuman Senyuman yang bukan ku cipta untukmu,tetapi memang tercipta Sedang aku sendiri tidak menyedari Itulah sebuah KEIKHLASAN Biar pun perit,ingin jua ku rakam hari-hari kita sebagai memori ...