Sang penagih cinta
Dia mencandukan kau, Kau hanya mengangguk padu, Dia memukau akan dikau, Kau hanya mengikut rapat.. Tidak ubah kau bagaikan penagih cinta Kemaruk kasih pada yang salah Dambakan sayang pada yang tak sudi Sungguh kau buta dalam celik. Pinangan cintamu membadai, Mereka yang membenci turut merasa balasan sebuah cintamu yang membuta. Cinta yang membisa,memburuk , Dalam diam memakan mangsa akhirnya meratah sang penagih cinta, turut membaham mereka yang tidak berdosa. Usah merengek kata benci Kerana itu yang kau damba duhai penagih cinta.