Posts

Showing posts from January, 2014

SIAPA LEBIH MULIA?

Image
       Selama ini ku sangka diriku dah cukup berilmu,dah tahu semua  perkara ,fardu ain mahupun fardu kifayah.Namun, hakikat kejahilan terserlah bilamana aku membantu abah mengendalikan ujian pengukuhan untuk kanak2  berumur 8-15 tahun di masjid.        Aku meneliti soalan2 ujian yang terdapat di tanganku. "sebutkan perkara sunat ab'ad dan sunat hai'ah di dalam solat","rukun tayammum…",perkara membatalkan solat dan tayammum…". Dahiku sedikit berkerut.Apa jawapannya ye?Aku kebuntuan.Soalan susah ke,atau aku yang tak belajar?        Bilamana aku membuat penilaian terhadap seorang kanak-kanak,aku terkesima mendengar jawapannya.Semuanya tepat sepertimana didalam skema jawapan.Terbukti,soalan itu bukanlah susah,yang menjadikannya susah kerana tidak belajar.       Tiba-tiba terasa kerdilnya diri ini.Aku malu,malu bilamana  seorang budak yang umurn...

MUARA ILMU

Muara ini, Dis angkakan sunyi, Hakikatnya  sepi, Sepi dari tipuan dunia, Sepi dari noda kata, Sepi dari segala nista. Muara ini, Mengalirkan mutiara berharga, Menyalurkan minuman jiwa, Menyedarkan yang alpa, Membawa manusia kepada sang Pencipta. Muara ini, Indah dihiasi akhlak islami, Arus tenang dipayungi malaikat, Tenggelam didalamnya sang pencinta, Khusyuk  meneroka kalam murabbi, Sebagai bekalan menuju ukhrawi. Muara ini, Berlabuh dipinggirannya sang pelayar, Demi mengutip mutiara  kata , Berkumpul padanya sang pengembara, Tuk meneguk minuman jiwa. Muara ini, Sungguh berjasa, Kilauan  mutiara membentuk peribadi, Tegukkan  rasa membina jati diri. 05/12/2013 0009