Posts

DAIRI SEORANG SENIOR

Aku tunduk kepenatan. Berjalan menuju cafe. " Hai akak, makin cantik ye akak sejak cuti 3 bulan" tegur seorang junior. " Mana ada, makin hitam ni, banyak travel", balasku sambil tersenyum nipis. "ala kalau akak hitam, kita ni ape? jalan tar? " mulutnya muncung,jalan tersipu-sipu, lenggang mengalahkan perempuan. "Kau jangan nak sotong sangat boleh? akak lempang juga kan.." ************** Cafe lengang. Kelihatan beberapa orang pelajar bersimpuh dibangku, tidak lekang telefon di tangan. Sesekali senyum melerek seorang diri. Aku meliar mencari seseorang. Sudah lama mungkin dia menanti, air milo di atas meja sudah separuh yang tinggal. " akak saya cari kelas satu jam baru jumpa...bla..bla.." "Biasa la tu, nama dah junior"., Aku tergelak jahat. "akak ni...." ********************** Hampir setengah jam menunggu pensyarah. Seorang demi seorang bingkas, meninggalkan kelas. Kelas tiada. ...

Tasbih Yang terputus

Image
Ku katakan padamu, Perjalanan kita mencari biji-biji tasbih yang terputus Kian kontok dari kalung yang tidak lagi bersambungan Kau katakan kau dahagakan Cinta Tuhan Namun yang sering diteguk seperjalananmu adalah cangkir-cangkir dari lembah dosa Benarkah itu pencarianmu mencantumkan kembali untaian tasbih, saban hari menemani alun zikirmu mencari Cinta sejati Ku bawa kau mengembara Melewati kota metropolitan Tidak kah disana kau temui dirimu? Betapa kau diperlukan Sewaktu kesepian mencari damai Sewaktu kebuntuan mencari penyelesaian Sewaktu kesukaran mencari jalan Sewaktu berkejaran menuju dentinasi, kau temui,dirimu tidak keseorangan, walaupun kadang-kadang kau lupa pada RABITAH yang merangkul erat tangan-tangan kita Lantas mengapa tidak kau jadi diri sendiri? Walau patah sayapmu dicengkam kejam gerabak perjalanan Terus terbang dengan carik mu, usah kau malu Apakah kau masih ragu Sebagai makmum di dalam saff tersusun sedangkan SOLAT mu pincang Mengapa begitu muda...

Catatan Khaulah Al-Azwar

Image
Membuka lembaran sebuah diari.  Seorang Khaulah Al Azwar bergegas pulang dari kelas sejurus Ustaz Taufiq menamatkan pelajaran pada petang itu. Kelas ‘Research Methodology’ hari ini disimpulkan ustaz dengan tazkirah ringkas sempena  ‘mid break’. “Perempuan ni semuanya pemalas,balik rumah semua makan yang mak masak. Ana bercakap ni atas dasar pengalaman bukan sekadar teori”. Tercabar. Bising satu kelas dengan suara tidak puas hati pelajar perempuan. Pelajar lelaki senyum bangga terasa spesisnya sempurna. Ada yang gelak terbahak-bahak. Tak tahu apa yang kelakarnya. Selebihnya senyum tersipu-sipu malu, tunduk memandang lantai. Mungkin terpukul dengan kata-kata ustaz dan terus redha. Khaulah yang sudah sedia maklum dengan nasihat ustaz itu hanya tersenyum nipis. Hati kecilnya berbisik “tak insaf-insaf lagi ke adik-adik ipar ustaz?”.  Khaulah masih ingat, Ustaz pernah menceritakan isu ini pada kelas ‘Advance Arabic’ setahun yang  lepas. Dalam perjalanan ke bili...

Titisan rasa

Image
2 peristiwa yang memberi kesan kepada Khaulah Al- Azwar 3 hari lepas. Ketika Khaulah bergegas keluar pagar Mahallah, Khaulah terpandang sekilas kepada seorang pak cik ,berdiri berhampiran pagar yang terbuka sempit. Sedikit kerut dimuka tua pak cik itu, mendatangkan tanda tanya pada Khaulah. Matanya redup memandang ke arah Khaulah, seakan ada sesuatu untuk bertanya. " Awak tinggal di sini ke?" ,terpancul soalan untuk Khaulah, sejurus dia merapati pagar Mahallah. ************* Tahu lah Khaulah gelodak jiwa yang dirasai oleh pak cik itu. Beliau telah menunggu anaknya hampir 2 jam dalam keadaan cuaca yang agak panas. Terputus hubungan kerana telefon beliau kehabisan bateri. Khaulah cuba sedaya upaya membantu pak cik itu. "Pak cik ingat nombor fon anak pak cik tak?". Beliau menggeleng,sambil mengeluarkan satu kertas tertera beberapa digit. "Ini nombor kakaknya", sambil menghulurkan cebisan kertas kepada Khaulah. Beberapa kali Khaulah cub...

sebuah menung

Image
10 Disember 2013 21:42 Usai berteleku di sejadah iman, Ku kuak jendela kamarku nan indah, Ku biarkan seketika,wajahku dipupuk bayu, Silirnya bagaikan mencengkam tulang temulang, Fokus pandangku mengintai  sesuatu, Dibalik dedaun pohonan yang menghijau, Aku mencari sesusuk tubuh gigih, Yang setia berpagi-pagian mencari sesuap rezeki, Aku mencari sebatang arus hingar, Yang saban hari  setia berjasa, Aku mencari sesuatu yang dahulu jelas kulihat di jendela ini, Kini hanya bunyi mengingatkanku, Yang arus jasa itu,masih terus berjasa, Hanya gerak kabur di celah dedaun itu memberitahuku, Yang sesusuk gigih itu masih setia berkhidmat. Ahh,ku sedar sesuatu tentang pepohon menghijau itu, Sesuatu yang tiada padaku, Semakin hari pepohon itu kian menjulang tinggi, Kian bercambah mendaki sigai impian, Katanya padaku,suatu hari akanku gapai awan, Sekali lagi aku tersentap, Aku sedar sesuatu tentang diriku, Bukan mataku yang kabur mengamati semu...

Buatmu teman

Image
Saturday, 19 April, 2014 10:46 PM Menyelak helaian memori lalu          Perasaan berbaur.Aku melangkah longlai merentasi titian.Pandangan kosong ku hala ke hadapan.Saat ini tiada siapa mengerti getaran yang bermain dijiwa ini.Dari atas aku memandang ke bawah.Dari bawah aku melilau tak tentu arah.Sambil menunggu surutnya air,aku memerhati panorama di sekeliling.Kelihatan ketam batu galak bermain dicelah-celah ranting pokok.Berukhwah la konon.Tekun aku memerhati.Air menyurut sedikit demi sedikit..Ketam-ketam mula mengucapkan selamat tinggal dan berpisah ke lubuk masing-masing.Tiba-tiba manik jernih menitis jua dari mataku.Sayu bertandang.Kenapa?adakah kerana ketam itu tidak mengucapkan selamat tinggal untuk aku?adakah kerana ketam itu tidak  menyalami aku sebelum pergi?memang tak la kan..          Sebenarnya kisah ketam itu mengingatkanku akan "kisah kita".Kini kita di penghujung pertemuan,m...

Qudwah Part 1

Image
Qudwah memberi salam sambil tangan memulas tombol pintu. Kedengaran salam bersambut sayup, menandakan Meera ada di dalam bilik. Qudwah menguak pintu perlahan-lahan. Kepenatan berjalan masih menjalar dalam dirinya. Qudwah terpandang sepasang mata bundar tersenyum menyambut kepulangannya. Pandangan bertaut. Hilang sedikit kepenatan yang dirasainya. "Meera tak ada program ke hari ini?".Aku  sekadar bertanya. "Tak ada Qud,tetapi sekejap lagi Meera nak keluar cari barang",jawab Meera sambil mengemas sesuatu di atas meja belajarnya. Qudwah berlalu ke kamarnya,tidak sabar untuk merebahkan badan di atas tilam empuk. Pagi masih segar. Qudwah membatalkan niatnya untuk berehat. Qudwah terus membuka laptop yang sememangnya tersedia di atas meja. Ada sesuatu yang harus diselesaikan. Banyak kerja yang terbantut dalam dua tiga hari ini memandangkan Qudwah tidak sihat. Namun, berpagi-pagi lagi Qudwah sudah menapak keluar, menggagahkan dirinya untuk menyertai usrah brsama kaw...