Posts

Catatan Khaulah Al-Azwar

Image
Membuka lembaran sebuah diari.  Seorang Khaulah Al Azwar bergegas pulang dari kelas sejurus Ustaz Taufiq menamatkan pelajaran pada petang itu. Kelas ‘Research Methodology’ hari ini disimpulkan ustaz dengan tazkirah ringkas sempena  ‘mid break’. “Perempuan ni semuanya pemalas,balik rumah semua makan yang mak masak. Ana bercakap ni atas dasar pengalaman bukan sekadar teori”. Tercabar. Bising satu kelas dengan suara tidak puas hati pelajar perempuan. Pelajar lelaki senyum bangga terasa spesisnya sempurna. Ada yang gelak terbahak-bahak. Tak tahu apa yang kelakarnya. Selebihnya senyum tersipu-sipu malu, tunduk memandang lantai. Mungkin terpukul dengan kata-kata ustaz dan terus redha. Khaulah yang sudah sedia maklum dengan nasihat ustaz itu hanya tersenyum nipis. Hati kecilnya berbisik “tak insaf-insaf lagi ke adik-adik ipar ustaz?”.  Khaulah masih ingat, Ustaz pernah menceritakan isu ini pada kelas ‘Advance Arabic’ setahun yang  lepas. Dalam perjalanan ke bili...

Titisan rasa

Image
2 peristiwa yang memberi kesan kepada Khaulah Al- Azwar 3 hari lepas. Ketika Khaulah bergegas keluar pagar Mahallah, Khaulah terpandang sekilas kepada seorang pak cik ,berdiri berhampiran pagar yang terbuka sempit. Sedikit kerut dimuka tua pak cik itu, mendatangkan tanda tanya pada Khaulah. Matanya redup memandang ke arah Khaulah, seakan ada sesuatu untuk bertanya. " Awak tinggal di sini ke?" ,terpancul soalan untuk Khaulah, sejurus dia merapati pagar Mahallah. ************* Tahu lah Khaulah gelodak jiwa yang dirasai oleh pak cik itu. Beliau telah menunggu anaknya hampir 2 jam dalam keadaan cuaca yang agak panas. Terputus hubungan kerana telefon beliau kehabisan bateri. Khaulah cuba sedaya upaya membantu pak cik itu. "Pak cik ingat nombor fon anak pak cik tak?". Beliau menggeleng,sambil mengeluarkan satu kertas tertera beberapa digit. "Ini nombor kakaknya", sambil menghulurkan cebisan kertas kepada Khaulah. Beberapa kali Khaulah cub...

sebuah menung

Image
10 Disember 2013 21:42 Usai berteleku di sejadah iman, Ku kuak jendela kamarku nan indah, Ku biarkan seketika,wajahku dipupuk bayu, Silirnya bagaikan mencengkam tulang temulang, Fokus pandangku mengintai  sesuatu, Dibalik dedaun pohonan yang menghijau, Aku mencari sesusuk tubuh gigih, Yang setia berpagi-pagian mencari sesuap rezeki, Aku mencari sebatang arus hingar, Yang saban hari  setia berjasa, Aku mencari sesuatu yang dahulu jelas kulihat di jendela ini, Kini hanya bunyi mengingatkanku, Yang arus jasa itu,masih terus berjasa, Hanya gerak kabur di celah dedaun itu memberitahuku, Yang sesusuk gigih itu masih setia berkhidmat. Ahh,ku sedar sesuatu tentang pepohon menghijau itu, Sesuatu yang tiada padaku, Semakin hari pepohon itu kian menjulang tinggi, Kian bercambah mendaki sigai impian, Katanya padaku,suatu hari akanku gapai awan, Sekali lagi aku tersentap, Aku sedar sesuatu tentang diriku, Bukan mataku yang kabur mengamati semu...

Buatmu teman

Image
Saturday, 19 April, 2014 10:46 PM Menyelak helaian memori lalu          Perasaan berbaur.Aku melangkah longlai merentasi titian.Pandangan kosong ku hala ke hadapan.Saat ini tiada siapa mengerti getaran yang bermain dijiwa ini.Dari atas aku memandang ke bawah.Dari bawah aku melilau tak tentu arah.Sambil menunggu surutnya air,aku memerhati panorama di sekeliling.Kelihatan ketam batu galak bermain dicelah-celah ranting pokok.Berukhwah la konon.Tekun aku memerhati.Air menyurut sedikit demi sedikit..Ketam-ketam mula mengucapkan selamat tinggal dan berpisah ke lubuk masing-masing.Tiba-tiba manik jernih menitis jua dari mataku.Sayu bertandang.Kenapa?adakah kerana ketam itu tidak mengucapkan selamat tinggal untuk aku?adakah kerana ketam itu tidak  menyalami aku sebelum pergi?memang tak la kan..          Sebenarnya kisah ketam itu mengingatkanku akan "kisah kita".Kini kita di penghujung pertemuan,m...

Qudwah Part 1

Image
Qudwah memberi salam sambil tangan memulas tombol pintu. Kedengaran salam bersambut sayup, menandakan Meera ada di dalam bilik. Qudwah menguak pintu perlahan-lahan. Kepenatan berjalan masih menjalar dalam dirinya. Qudwah terpandang sepasang mata bundar tersenyum menyambut kepulangannya. Pandangan bertaut. Hilang sedikit kepenatan yang dirasainya. "Meera tak ada program ke hari ini?".Aku  sekadar bertanya. "Tak ada Qud,tetapi sekejap lagi Meera nak keluar cari barang",jawab Meera sambil mengemas sesuatu di atas meja belajarnya. Qudwah berlalu ke kamarnya,tidak sabar untuk merebahkan badan di atas tilam empuk. Pagi masih segar. Qudwah membatalkan niatnya untuk berehat. Qudwah terus membuka laptop yang sememangnya tersedia di atas meja. Ada sesuatu yang harus diselesaikan. Banyak kerja yang terbantut dalam dua tiga hari ini memandangkan Qudwah tidak sihat. Namun, berpagi-pagi lagi Qudwah sudah menapak keluar, menggagahkan dirinya untuk menyertai usrah brsama kaw...

Sepucuk surat untuk kak sue

Kehadapan Sue, aku cukup gembira dengan dirimu sekarang. Kau yang dahulu kusut dengan masalah, bersirat dengan keluh di setiap inci wajah. Hari ini aku tersenyum melihatmu tersenyum. Senyuman kita bertaut jua Sue. Semalam kita bersama-sama pulang ke UIA demi setitis ilmu. Beratkan kaki, nak tinggalkan kampung kita. Cuti seminggu tidak mampu membuatkan kita puas. Ketika malam masih muda, ketika bas mula meninggalkan Pasir Puteh jauh dibelakang, kau mula bicara, "Cantik sawah padi di kampung". Mata kau tekun pada gambar dalam telefon di tangan. Aku mengerling sekilas. Kelihatan gambar sawah yang baru dituai, diserikan dengan langit membiru. Masih bersisa jerami padi di sana-sini. Cepat masa berlalu kan Sue?. Beberapa bulan lepas,kita pulang menikmati hijau sawah. Padi muda baru menghulurkan tangkai,masih belum berisi.  Sekarang kita pulang disambut dengan jerami-jerami yang berterbangan. Tidak sempat untuk kita menikmati dingin pagi di musim menuai, tidak sempa...

Jumaat Barakah

Image
Avant Garde berkumpul setelah sekian lama tidak bertemu. Pekena roti canai dua biji seorang. Aku inginkan usrah yang seimbang tarbiyah,siyasah dan ruhiyyah. Kata seorang kawan,usrah bukan tempat mencari ilmu.Kalau nak ilmu boleh pergi tempat talaqi.daurah dan sebagainya. Ya, betul. Tetapi harus sedar,usrah suatu medan menyuburkan hati untuk cintakan Allah,cintakan Ilmu. Mendorong kita untuk lebih dekat dengan Dia. Tetapi kenapa kita ketepikan fungsi itu?. Sama juga.Usrah bukan tempat kita menambahkan ilmu tentang fikrah dan isu semasa. Tetapi ia mendorong kita dalam mencapai kejernihan fikrah.Ok cukup untuk renungan AG. -------------------------------------------------------------------- "Macam mana aku nak kurus ni,kalau makan roti canai 2 biji?". Berdekah ketawa,mendengar celoteh Fatin.. Tidak ramai pelajar seawal 8 pagi sebegini. Kami bebas bergelak ketawa. "Mak aku cakap,sempat lagi kakak dua tahun diet,sebelum naik pelamin".Atin "Mak saya tak kisah...