Posts

Showing posts from December, 2015

Kisah Yusuf,Tentang Kita

Image
Bamboo village Ulu Langat Sesungguhnya Al quran datang sebagai musim bunga untuk hidupkan kembali hati-hati yang mati kesejukan dek musim sejuk. Mengambarkan bagaimana Allah menurunkan penawar buat hambanya yang diuji hidupnya.Sesekali Allah tidak membiarkan kita terkapai-kapai,terus-menerus dihantui mimpi-mimpi ngeri semalam tanpa dakapan kasih-Nya. Ketika mereka,kafir Quraish merancang untuk membunuh Rasulullah,Allah khabarkan nabi tentang 'Yusuf',Allah menenangkan nabi,bahawa nabi tidak keseorangan,bagaimana Nabi Yusuf juga diancam dengan konspirasi abang-abangnya kerana sekelumit rasa cemburu.Allah juga kisahkan tentang 'kebetulan' yang dihadapi Yusuf di sepanjang perjalanan hidupnya. Ya,babak kebetulan itulah membuktikan Allah sentiasa hadir dengan harapan demi harapan untuk kita terus kuat mencari-Nya. Siapa sangka Yusuf terselamat dari gelap gelita 'Ghayabatil Jubb' telaga paling dalam?., Siapa sangka Yusuf dari hina seorang hamba diangkat seti...